Tuesday, September 29, 2009

Antara masa lalu dan sejarah


Ilmu sejarah merupakan antara ilmu yang tertua dipelajari manusia. Sebagai satu ilmu yang menjadikan "MASA LALU" sebagai asas pengkajian, sejarah tidak boleh dipilih untuk dipelajari, kerana kita tidak dapat lari dari mengingati masa lalu. Bagaimanapun harus diingatkan bahawa "MASA LALU" itu bukanlah sejarah, kerana TIDAK SEMUA PERISTIWA MASA LALU ini dapat DICATATKAN kerana sebahagiannya HILANG DITELAN MASA.

Sebagai salah satu bidang ilmu kemanusiaan, sejarah dibina atas dasar KEWUJUDAN BUKTI DARI PELBAGAI SUMBER. Tanpa BUKTI dan SUMBER maka sesuatu peristiwa itu tidak boleh kita anggap sebagai PERISTIWA SEJARAH. Ramai sebenarnya yang agak keliru antara masa lalu dan sejarah. Konsep MASA LALU adalah merujuk kepada setiap detik dan masa di mana setiap perkara telah berlaku. Sifatnya LUAS, TIDAK TERKAWAL dan AGAK KABUR.

SEJARAH adalah satu bidang ilmu yang digunakan untuk mengkaji tentang MASA LALU. Maka sifatnya lebih mengkhusus berbanding dengan MASA LALU, ianya boleh dikawal hasil penggunaan bukti dan sumber serta boleh dijelaskan secara tepat.

Secara ringkasnya, kepentingan sejarah boleh diaplikasikan kepada beberapa aspek iaitu

  1. SEJARAH memberi pengajaran / iktibar.
  2. SEJARAH memberikan kefahaman tentang masa kini.
  3. SEJARAH meningkatkan intelektual.
  4. SEJARAH dapat membentuk sikap manusia.
  5. SEJARAH untuk pembinaan bangsa dan negara bangsa.
  6. SEJARAH sebagai alat propaganda.
  7. SEJARAH bagi pendidikan agama.
  8. SEJARAH bagi memahami perkembangan ilmu pengetahuan lain.
  9. SEJARAH bagi meningkatkan kesedaran hak asasi manusia.
Akhirul kalam, CINTAILAH ILMU SEJARAH...

4 comments:

  1. Saya sayang sejarah..eh tahun depan aku kena ngajar F5 ke

    ReplyDelete
  2. Sudah semestinya...sebab tinggal aku ngan hang aje opsyen sejarah kalau permohohonan Mai diluluskan...so tunggu dan lihat...mana tau kot2 aku kena transfer...biar masa menentukannya!

    ReplyDelete
  3. Sejarah menentukan apakah hala tuju dan membentuk kita yang sebenarnya. Melupakan sejarah hanya menjadikan kita insan tanpa peribadi. Untukmu bangsaku, kaji lah sejarah mu agar tidak dipermainkan oleh insan insan yang hanya ingin menjadi JEBAT tanpa usul.... MELAYU sedarlah kemerdekaan dicapai dengan istilah "Hidup Melayu".
    Bangsa lain diajak berunding hanya sebagai penyokong sahaja.

    ReplyDelete
  4. rindunya dgn sejarah..lama betul tak belajar sejarah..
    Salam ziarah cikgu!
    semoga berkat didikan cikgu tentang sejarah,anak-anak remaja kita dapat mengambil ikhtibar lebih-lebih lg semasa zaman kegemilangan islam lalu bermuhasabah dan memikirkan sbb mengapa kerajaan islam yg cemerlang boleh juga jatuh akhirnya

    ReplyDelete