Saturday, September 26, 2009

ANTARA OPS SIKAP DAN KENA UBAH SIKAP


Nampaknya setakat ari ni dah 220 nyawa melayang di atas jalan raya walaupun pelbagai kempen dilaksanakan namun jumlah kematian maut kian meningkat saban tahun. Entahlah di mana silapnya....satu hakikat yang harus kita terima ialah bukan sesuatu yang mudah untuk mengubah "SIKAP" manusia, biasanya yang mudah untuk diubah atau dibentuk adalah "TINGKAHLAKU", sebaliknya untuk berubah "SIKAP" seseorang insan haruslah melakukan pengorbanan yang amat besar..tepuk dada tanya IMAN.

Semalam setelah seharian beraya di Lumut, dalam perjalanan pulang sempat menyaksikan tiga kemalangan kecil berlaku, lepas tu macam biasa la, banyak kereta yang berhenti nak tengok "free show" atau bagi yang "kaki nombor"lak maybe nak ambil ilham....kepada semua berhati-hati di jalan raya dan selamat kembali ke destinasi masing-masing.

3 comments:

  1. salam..

    tula, sikap rakyat Malaysia..

    heran sesetengah tu..nak laju je..tak pikir keselamatan sendiri dan org lain

    ReplyDelete
  2. n@m@n ... dah la laju, tayar lak botak, enjin modified, pakai proton wira perasan bawak evo, road tax bayar 6 bulan aje, yang bahaya lagi ade pekena "ice" @ syabu sambil drive, ade yg memandu sambil minum teh o beralkohol...last2 org tak bersalah jadi mangsa keadaan....!

    ReplyDelete