Thursday, October 1, 2009

Filem Melayu Yang Ada "JIWA"


Semalaman sukar untuk melelapkan mata, walaupun telah seharian bertugas dengan rakan ku di sekolah, timbul kebosanan apabila mengsulusuri dari satu channel ke satu channel ASTRO tiada satupun yang melekat di jiwa, akhirnya aku mengambil koleksi vcd lalu menonton filem "SE MERAH PADI" lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dari mula sampai akhir.

Memang filem Allahyarham memang dekat di jiwa kita, walaupun dilihat berulang-ulang kali, kita masih lagi mampu melihatnya hingga ke penghujung. Siapa dapat menafikan kehebatan filem-filem beliau seperti ANTARA DUA DARJAT, SEMERAH PADI, PENARIK BECA, ANAKKU SAZALI, IBU MERTUAKU, SARJAN HASSAN, MASAM2 MANIS, BUJANG LAPOK (PENDEKAR,SENIMAN,ALI BABA ), TRILOGI DO RE MI, NUJUM PAK BELALANG,AHMAD ALBAB, TIGA ABDUL dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa buah filem). Jelas terpapar KEJUJURAN beliau dalam menghasilkan filem demi tatapan generasi zaman berzaman.

Selain itu filem-filem seperti SRI MERSING, TUN FATIMAH, SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, ISI NERAKA, RAJA BERSIUNG,HANG JEBAT,LANCANG KUNING, BAWANG MERAH BAWANG PUTIH, SI TANGGANG juga amat dekat di hati dan jiwaku.

Melewati pasca filem hitam putih muncul juga filem-filem yang hebat seperti ABANG, MATINYA SEORANG PATRIOT, BUKIT KEPONG,PUTERI,RANJAU SEPANJANG JALAN, ESOK UNTUK SIAPA,TIADA ESOK BAGIMU, MENANTI HARI ESOK,ALI SETAN, LEFTERNAN ADNAN, HATI MALAYA (sedih, filem ini tak edarkan dalam bentuk VCD & DVD)....namun akhir-akhir ini filem-filem yang terhasil kurang melekat di jiwa ku... seolah-olah rasa suatu kehilangan....namun satu hakikat yang harus diterima sokongan terhadap filem-filem Melayu harus diteruskan kerana "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung".

2 comments:

  1. salam cikgu.

    hows life cikgu?still menganjar kat STAR?
    Sejarah bdk2 STAR dah makin bagus ke cikgu.di kesempatan raya yg masih berbaki.sy ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.minta maaf atas segala silap salah.harap cikgu sihat hendak nya:)


    adzuan aziz
    starian 015

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam adzuan,cikgu masih kat STAR since 2000, tahun 2010 belum tahu lagi, mana tau kot2 kena transfer, subjek sejarah so far so good, Alhamdulillah....so all the best!

    ReplyDelete