Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidil Fitri 1430H

Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan menyambut Aidil Fitri buat kali ketiga puluh lima, tahun depan belum tentu berkesempatan menyambutnya lagi. Melihat gambar Naqib, betul-betul menginsafkan diriku, semoga beliau cepat sembuh dan bersabar terhadap cubaan dari Allah SWT.
Pagi-pagi raya, semasa menziarahi pusara atuk yang tercinta, aku dipertontonkan dengan satu peristiwa yang hampir sama dengan filem ibu mertuaku, lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, cuma yang berbeza skripnya sahaja, kalau Kassim Selamat tersalah kubur, sebaliknya hamba Allah ini menghadapi kesukaran mengenalpasti nisan yang dicari, aku bersangka baik kemungkinan besar telah lama beliau meninggalkan kampung tercinta, setelah agak lama tercari-cari ,mujurlah akhirnya Haji Salleh menghampiri hamba Allah tersebut lalu memimpin beliau menuju destinasi yang sebenarnya, sambil berlinangan air mata beliau memeluk tubuh Haji Salleh, diikuti membersihkan kubur tersebut......peristiwa ini benar-benar menginsafkanku ku agar walau dimana kita berada keluarga sama sekali jangan dilupa.
Raya tahun ni disambut secara sederhana sahaja, favourite aku makan lemang dengan rendang kerang, duit raya cam biasa kenala hulur , zaman collection duit raya dah lama berlalu...tapi yang meriahnya raya pertama n kedua misi utama meronda kesemua rumah sedara mara sehingga selesai...bayangkan hari raya kedua baru dapat makan semula nasi (mana taknya, pi rumah org beraya dihidang lemang,nasi himpit, rendang,lontong, laksa...nasi memang tak jumpanya). Oklah selamat beraya dan pulang semula dari beraya.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
    cg, raya datang lah rumah saya. kat johor je =]

    ReplyDelete
  2. Fakhruddin, salam aidil fitri kembali, jauhla bang walaupun dengar "johor je", Insya Allah satu ari nanti sampai kot, lagipun sahabat sejati ckg ramai geng Johor.

    ReplyDelete