Wednesday, October 7, 2009

10 Tanda Hati Mati


Menurut Syeikh Ibrahim Adham terdapat 10 sebab atau tanda hati seseorang mati iaitu
  1. Kamu mengaku kenal Tuhan tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
  2. Kamu mengaku cinta kepada Nabi Muhammad tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Kamu memakan nikmat-nikmat Tuhan tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberianNya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya.
  6. Kamu mengaku adanya seksa neraka tetapi kamu tidak berusaha menjauhkannya.
  7. Kamu mengaku adanya nikmat syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  8. Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kamu masih tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.
  10. Kamu menghantar dan menguburkan jenazah saudara sesama Islam tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Semoga kita semua menghidupkan hati kita yang mati dengan sentiasa mengingati Allah, Insya Allah.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Tuhan, hati akan menjadi tenang." Surah ar-Ra'd:28.

2 comments:

  1. Hati yg keras seperti saidina umar pun boleh lembut mendengar ayat suci Quran.Malang sekali jika kita sendiri tidak peduli akan Quran kerana antara ubat hati yg mujarab ialah dgn Quran itu sndiri.Betul tak cikgu?

    ReplyDelete
  2. Betul tu Iqbal...! Jadilah pejuang yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali bin Abi Talib, Khalid al Walid, Salahuddin al ayyubi, Tariq bin Ziad, Ikrimah Abu Jahal, Abu Ubaidah Al Jarrah (sekadar menyebut beberapa nama)...dalam menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini!

    ReplyDelete