Friday, October 9, 2009

Exam oh Exam


Hari ni giliran aku dengan sahabat ku bertugas sebagai guru harian. Sebelum memasuki dewan peperiksaan, semua calon PMR diambil suhu badan masing2, disamping dibekalkan dengan topeng muka dan membersihkan tapak tangan menggunakan hand sanitizer. Alhamdulilah, hari ni cuma 6 orang sahaja mencatat 37 C, so takde yang terpaksa dikuarantinkan.

Memang tidak dapat dinafikan apabila menghadapi peperiksaan timbul pelbagai perasaan bercampu baur. Bagi diriku yang telahpun melalui peperiksaan bermula dengan peperiksaan Penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia, peperiksaan semasa nak dapatkan B.A (hons) dan Dip Ed, exam ambik lesen keta dan terkini biasala PTK...namun pengalaman ini akan mematangkan dan mendewasakan kita.

Dalam kehidupan kita ni maknanya kita akan sentiasa diuji....teringat aku kata-kata ustaz aku Allahyarham Ustaz Hashim (sek rendah) yang mengatakan " dalam hidup ni, kita akan sentiasa ambik exam, sampai dalam kubur nantipun kita akan ambik exam, soalan kubur yang dah bocor tu pun belum tentu kita boleh jawab,.... jadi belajar la bersungguh-sungguh"....kata2 arwah memang terngiang-ngiang dalam fikiran ku sampai ke hari ini......!

3 comments:

  1. masa kat kelas dulu, cikgu selalu cakap pasal soal keberkatan. alhamdulillah, sampai sekarang saya ingat lagi pesanan cg tu.

    terima kasih, cg! =]

    ReplyDelete
  2. kita insan biasa fakhruddin, tiada yang sempurna, tapi soal keberkatan dalam menuntut ilmu tu memang tak boleh dipandang ringan....sebab ianya memang dituntut dalam Islam!

    ReplyDelete
  3. tulah, jangan dok mengata cg2 kat belakang na!!

    ReplyDelete