Monday, October 5, 2009

Sejarah Melayu Makin Dilupakan


Memang tidak dinafikan teks Sejarah Melayu kini telah menjadi sebuah karya klasik. Sejarah Melayu dengan jelas dapat memberikan maklumat dan fakta sejarah tentang kesultanan Melayu Melaka. Bagi pencinta Sejarah Malaysia, tidak lengkap sekiranya tidak meneliti dan memahami karya sastera sejarah teragung hasil tulisan Tun Sri Lanang ini.

Secara ringkasnya teks ini menggalurkan sejarah pemerintahan raja-raja Melayu dari awal abad ke 15 hingga awal abad ke 17. Skopnya merangkumi sejak zaman sebelum Singapura, zaman Singapura/Samudera Pasai, Zaman Melaka dan diakhiri Zaman Johor. Sejarah kesultanan Melayu Melaka digarap dengan baik bermula sejarah penubuhannya sehingga kejatuhannya akibat penguasaan Portugis pada 1511 dan diteruskan sehingga sejarah penubuhan Raja-raja Melayu dari Melaka ke Johor. Terlalu banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita perolehi hasil daripada pengkajian terhadap teks ini sama ada secara tersurat mahupun tersirat disamping kehebatan Melaka sebagai sebuah emporium perdagangan utama dunia serta pusat penyebaran Islam pada masa tersebut. Justeru itu kita wajar menghargai warisan Melayu tersohor ini di mana di barat ianya dikenali dengan nama THE MALAY ANNALS.

3 comments:

  1. Kawe pun tak khatam lagi buku ni..tapi rasanya blaja masa f6..sulatussalatin

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh tak cikgu sej tolong jelaskan apakah sumber2 sej yang terdapat dalam Hikayat Merong mahawangsa.

    ReplyDelete
  3. Memandangkan HMM berada dalam kumpulan "SASTERA SEJARAH" sama seperti SEJARAH MELAYU, walaupun banyak mengandungi unsur mitos dan lagenda, namun jelas ianya digunakan sebagai satu dokumen bagi mengukuhkan kuasa Raja Kedah dan menegakkan kedaulatan Raja Kedah...rasenye itulah yang saya belajar kat UKM dulu.

    ReplyDelete