Wednesday, November 11, 2009

GENG PENJARA ( PENDETA + JUARA )

Inilah gambar posing maut aku dan kengkawan masa F5 lepaih balik dari prep malam. Masa tu kami bebudak lelaki jenan masa prep malam kena pakai baju melayu putih ke kelas dari F1 sampaila ke F5 (wajib, tiada pengecualian ), bebudak pompuan pulak prep kat asrama. Masa ni bebudak juara (lelaki) kena pindah ke blok kami sebab blok depa ( CENDEKIA dan JUARA ) dah terbakar, tidak selamat lagi untuk didiami...so kat situlah dapat nama PENJARA ( PENDETA + JUARA ). Peristiwa kebakaran tu berlaku dalam bulan Ramadhan, so bebudak Jenan yang sezaman dengan peristiwa ini pasti takkan lupa punya tragedi ini , punca kejadian biarlah ianya terus menjadi rahsia di kalangan kami bebudak jenan....one in a life time. So bila kena pakai baju melayu putih pergi prep malam mau tak mau kenalah rajin basuh baju tu hari-hari, zaman aku kat jenan dulu mana ada perkhidmatan dobi macam lani, so terpaksa la bergantung harap kepada sabun basuh cap SUPER BUSA!....... Akhirul kalam sememangnya kehidupan di asrama merupakan satu kenangan yang terindah.

3 comments:

  1. mujo kau selamat, kalau tak aku tak jumpa kau kat negeri Ipoh ni

    ReplyDelete
  2. wahh cg, biarlah rahsia ek? macam mana lah leh terbakar? main api ke? hehe

    ReplyDelete
  3. Api bila kecil jadi kawan...bila besar jadi lawan...!

    ReplyDelete