Monday, November 2, 2009

SEKADAR RENUNGAN 2 : GURU OH GURU!

Alhamdulillah, setelah tiga minggu, baru aku dapat mencoretkan sesuatu kali ini. Suatu tempoh yang agak panjang namun di dalam kesibukan berhadapan dengan kes disiplin di sekolah, menanda kertas peperiksaan akhir tahun T4, pecutan akhir SPM serta mesyuarat disiplin di Melaka, banyak persoalan dan perasaan bermain di benak fikiran ku akhir-akhir ini untuk kita kongsi bersama.
Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri tentang apakah tujuan kita memilih kerjaya guru ini?
Sudahkah bulat iktikad kita memilih bidang yang dikatakan penuh dengan pancaroba ini?
Sudah cukup bersediakah kita untuk duduk di atas "kerusi panas" bagai dipanggang oleh pelbagai isu sensasi yang mampu menggugat kesabaran dan mengundang kesedihan?
TENTUNYA KITA TIDAK SALAH DALAM PERHITUNGAN KERANA INILAH YANG KITA INGINKAN.
Kerjaya yang tidak lagi glamour, gaji yang tidak setimpal dengan beban tugas, insentif yang kurang menarik, MASYARAKAT dan PIHAK LUAR yang semakin kurang menghormati guru, pelajar yang semakin kurang berakhlak dan pelbagai lagi permasalahan yang sukar untuk dibayangkan andai kita sendiri yang akan dan telah mengalaminya.
Sekiranya kita memilih bidang kerjaya ini kerana tidak dapat peluang kerjaya lain, maka amatlah malangnya anak-anak murid dan sekolah yang menerima kita sebagai gurunya. Ingatlah kerjaya guru ini memerlukan minat yang begitu mendalam untuk menjadikan kita lasak dalam menghadapi arena yang penuh ranjau berbisa ini.
Sekiranya kita memilih kerjaya guru ini, sebagai pilihan utama kita dan kerana minat yang begitu mendalam......SYABAS diucapkan! Alangkah bertuahnya anak-anak murid dan sekolah yang menerima kita sebagai gurunya.....Hanya kita sendiri sahaja yang dapat menjawabnya. Tepuk dada tanyalah IMAN!
Guru yang berdedikasi begitu ramai sekali jumlahnya, namun ada segelintir kecil yang bermasalah dari segi sikap. Mereka inilah yang telah mencemar nama baik profesion perguruan. Semoga kita bukan dari golongan kecil ini. Jangan sampai anak didik kita menjadi mangsa akibat daripada kejahilan kita. Jangan sampai kerjaya yang menjanjikan ganjaran PAHALA yang besar bertukar menjadi balasan DOSA yang menimbun.
Kitalah penentunya, kitalah segalanya dan kitalah orang yang bertanggungjawab terhadap baik buruknya masyarakat pada masa hadapan.
Yang pasti, kita akan ditanya tentang amanah dan tanggungjawab ini di akhirat kelak.......!

4 comments:

  1. salam cg..
    bgus post cg kali ni..
    insya-ALLAH, sy jgk bakal jdi warga pendidik nnti =)
    semoga cg diberi kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi masa hadapan, insya-ALLAH =)
    secare jujur, cg merupakan antara guru yg BAGUS di star.. =)
    terima kasih cg =)

    ReplyDelete
  2. Thanx muzhafar, semoga Allah senantiasa merahmati perjalanan hidup setiap insan bergelar GURU di dunia dan di akhirat...Amin!

    ReplyDelete
  3. nice cikgu.
    kadang-kadang pelajar memang tak reti nak hormat cikgu semasa persekolahan.
    diorang tak nampak.
    tp percayalah, kebanyakan pelajar sentiasa doakan cikgu-cikgu mereka selepas tamat persekolahan.
    terutamanya pelajar STAR.
    saya sekali pun.
    moga cikgu teruskan profession mulia ini dengan penuh kekuatan dan kesabaran.

    salam lawat dari
    Shafiq Helmi
    2002-2006.
    Yellow House.

    ReplyDelete
  4. Betul tu shafiq, dan satu lagi dalam menuntut ilmu mesti ditekankan soal keberkatan, kerana ianya memang dituntut dalam Islam. All the best!

    ReplyDelete