Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi ...


Menjelang tahun baru 2011...pasti ramai yang menyimpan azam bagi tahun MASIHI yang mendatang...pelbagai kenangan pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun 2010, silih berganti, Alhamdulillah berjaya di atasi dengan keizinan Allah SWT... namun, apa yang lebih penting azam kita itu harus lahir dari aqal, niat serta hati yang tulus ikhlas... setakat berniat sahajapun tidak akan membawa apa-apa pengertian, sebaliknya harus disertai dengan perbuatan dan amal ... memang benar Islam itu mudah...akan tetapi mengambil mudah tentang hal-hal berkaitan Islam itu tidak boleh sama sekali ... sekiranya berhadapan dengan masalah, jangan biarkan masalah tersebut menguasai diri kita ...

" ( Seseorang ) tiada ditimpa malapetaka (musibah ), melainkan dengan izin Allah, Barangsiapa yang beriman kepada Allah, ditunjuki Allah hatinya, Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu." Surah At-Taghaabun : 11.

Akhirul kalam selamat tahun baru khas buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ku, rakan sepermainan, rakan seperjuangan serta anak-anak didik ku di mana jua kalian berada...




Thursday, December 30, 2010

30 DIS .....detik permulaan...


Seawal jam 7.40 pagi, aku bersama WAJA ku dengan bersemangat waja memulakan perjalanan ke SMS Tapah (SESTA) bagi menghadiri mesyuarat guru kali pertama bagi sessi 2011. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan ku ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah, jam 8.30 pagi aku selamat tiba. Sebelum mesyuarat bermula, aku berkesempatan bertemu dan berkenal mesra dengan guru-guru SESTA termasuk GENG STAR....he he he.... tepat jam 9 pagi mesyuarat bermula dengan taklimat oleh Encik Hadi bin Mat Dain, Pengetua SESTA merangkumi pelbagai aspek, peraturan, pekeliling mahupun hasrat dan fokus SESTA bagi tahun 2011...mesyuarat berhenti jam 10.45...menikmati jamuan nasi dagang bagi mengembalikan semula kecergasan...mesyuarat bersambung semula jam 11.15...Cikgu Zulkarnain (PK) memberi taklimat pengurusan akademik disusuli Cikgu Azmin (PK Hem) menyampaikan penerangan ringkas...Mesyuarat diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada Cikgu Zulkipli (PK Koku) yang akan bertukar ke SBPI GOMBAK....

Jawatan Ketua Panitia Sejarah telah diberikan kepada ku....meneruskan legasi ku dari STAR...yang menarik kelas2 di sini diberi nama berdasarkan nama bunga...aku telah diamanahkan untuk mengajar kelas 2 Bougainvillea, 2 Helianthus, 2 Ixora, 2 Lilium, 1 Ixora, 1 Lillium dan 1 Rosa....ok gak, dah lama aku tak ajar lower form ni....tapi aku tahu, ini cuma sementara sahaja...Insya Allah pada bulan Feb nanti, apabila pelajar T4 mendaftar...pasti aku akan mengajar kumpulan pelajar tersebut...

Bagi rumah sukan pula, aku diletakkan dalam rumah CRESENDO (HIJAU), rumah lain pula ialah SPIRITO (MERAH), ALEGRO (BIRU) dan PRESTO (KUNING) .... yang menariknya, tahun pertama ku di STAR dulu juga aku ditempatkan di GREEN HOUSE... suratan atau kebetulan...usai mesyuarat, aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah....melalui JALAN PERSEKUTUAN...mengimbau kenangan lalu...melewati bandar TEMOH, KAMPAR serta GOPENG yang bukan merupakan wilayah asing bagi ku sedari kecil lagi....melewati KELLIE CASTLE...sehinggalah...Alhamdulillah...selamat tiba ke destinasi...:)

Wednesday, December 29, 2010

STAR : Aku Dan Kenangan Part 1


  • Sesekali kenangan bertamu, sudah pasti terukir senyuman di wajah ku bertemankan kesepian dan kesyahduan malam ketika berada di Mahligai Syahdu ku ini. Kali ni ingin ku coretkan tempat-tempat nostalgia sepanjang sewaktu ku berkelana di bumi STAR dari tahun 2000 hingga 2010. Sudah pasti pengalaman2 ni diperolehi sepanjang diri ku bergelar warden di alma mater tersebut.
  1. Pondok Pak Guard : Ni memang kira tempat utama ibarat pintu gerbang bagi sesebuah negara kota.Banyak kenangan di sini esp bagi mereka yang bergelar warden...
  2. Bilik guru : Ibarat istana bagi sesebuah kerajaan. Yang menariknya tempat dan meja kerja ku terletak ditempat yang sama dari awal hingga ke akhir. Dalam tempoh tersebut hanya kerusi diganti sebanyak sekali iaitu pada tahun 2005 dari warna merah ke biru. Peringkat awal menjadi warden, aku sering membuat tugasan kerja di bilik guru menjelang senja, sehinggalah selepas mendengar cerita tentang "kekerasan" tempat tu....he he he...
  3. Bilik warden rumah Hijau : rumah penginapan ku yang pertama....selama setahun tinggal bersama dengan cikgu Azli di sini...kemudian berseorangan selepas beliau sambung belajar...banyak kenangan manis sewaktu menjadi warden bagi blok ni...waktu SPM blok ni kosong...agak biasa mendengar katil2 ditarik di bahagian atas sewaktu awal pagi...termasuk terdengar suara sekumpulan kanak2 ketawa riang di luar tingkap pada jam 3.30 pagi selepas pulang dari menghantar TKU yang kena migrain dari hospital...
  4. Kuarters pekerja : Setiap petang dan pagi selalu lepak di situ bersama dengan Cikgu Zaidi dan Cikgu Kamaruddin yang berjiran...terkadang dijemput untuk bersarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam bersama-sama dengan keluarga mereka...di sini juga lah dahulu pernah kami laksanakan "prep pokok" bagi mereka yang melakukan kesalahan...
  5. Bilik warden rumah Biru : rumah penginapan kedua ku .... di sini juga banyak pengalaman menarik...tapi yang paling kuingat kemunculan entiti misteri di kolam ikan di bawah sewaktu aku tersedar di dinihari selepas terdengar kocakan air di situ....
  6. Kuarters Guru : rumah penginapan ketiga ku .... disinilah aku bermastautin paling lama, apatah lagi berjiran dengan sahabat-sahabat yang cukup memahami...time ni kalau keluor minum pun bersama-sama, adekan jamuan bbq, jamuan ari raya, lepak bersembang kat blok batu rmh ckg zaidi n shahnun dan banyak lagi kenangan terindah di sini...juga gangguan entiti di rumah aku, ckg zaini dan ckg zaidi selepas kejadian yang menimpa cikgu shahnun di rumah kuning...
  7. Rumah PK dan PK Hem : di sini juga banyak kenangan, tempat berkumpul warden sekiranya ade operasi selain anjung tamu dan tempat2 rahsia lain...he he he...banyak strategi dan modus operandi diatur di sini...
  8. Surau Al Hamdaniah : di sinilah tempatnya menguji kesabaran seseorang warden dalam mempastikan para pelajar sentiasa mendekatkan diri mereka dengan Allah Azza Wajalla... juga tempat mengadakan roll call...Alhamdulillah, dengan kepakaran dan pengalaman kami semuanya terkawal...tidak terkecuali gazebo berhampiran surau yang menjadi tempat pertemuan warden2 pada waktu Maghrib dan Subuh...he he he....kenangan terindah...andai dapat ku undur masa...
  9. Dewan Makan : di sini banyak kenangan tercatat...majlis demi majlis yang diadakan...evolusi majlis makan beradap...etika berpakaian...karenah pengusaha dan pekerja dining...
  10. Rumah Putih : cukup sinonim dengan pusat kuarantin dan hotel penginapan sewaktu old boy weekend...lama aku menjadi warden bagi rumah ni...kenangan tak boleh dilupakan di sini ialah "cekupan" yang berjaya dilakukan di sini sejurus ribut besar melanda STAR...misteri...area vendor machine dekat dorm three....he he he
  11. Padang : cukup mendamaikan...kenangan terindah...sudah semestinya acara larian 50 round silih berganti yang diadakan saban hari...juga berada di atas turf pada tengah2 malam bagi meninjau kegiatan dan pergerakan pelajar selain daripada menghitung bintang, melihat kebesaran ciptaan Allah... Padang ini juga sering dijadikan tempat untuk roll call
  12. Blok Akademik : istana keilmuan, boleh dikatakan hampir semua kelas di sini aku pernah mengajar, rondaan waktu prep malam, kelas tambahan, bercerita dengan sahabat ku di bilik koop disamping meja dan bangku batu, menghadiri jamuan pot luck di anjung tamu sebelum diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan ke sudut bacaan, berhampiran balai hinggap.
  13. Bilik MLT : biasanya di sinilah tempat terakhir aku melepaskan anak didik ku sebelum mereka menghadapi peperiksaan SPM kecuali tahun 2010...juga turut diadakan bengkel saban tahun bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat...
  14. Bilik PK Hem : disinilah tempat berlangsungnya proses soal siasat juga tempat berlangsungnya hukuman rotan...aku lah salah seorang tukang rotan yang telah diberikan surat penurunan kuasa merotan bertujuan mendidik mereka...
  15. Anjung Tamu : tempat R&R sementara menunggu kelas berikutnya...juga dianggap bilik guru kedua di STAR.
  16. Bilik Warden : Sekarang dah ditukar kepada Bilik Pengurusan Bitara...disinilah tempat bagi melengkapkan dokumen2 esp fail panitia sejarah yang aku ketuai sejak tahun 2001...kenangan tak boleh dilupakan...tumpahan, linangan air mata ku yang tak dapat dibendung lagi sewaktu mesyuarat warden terakhir ku yang turut disaksikan oleh para pentadbir juga sahabat handai...
  17. Tempat-tempat Rahsia : tidak dapat dinyatakan di sini...he he he ..tempat2 ini cukup strategik dalam meninjau aktiviti dan pergerakan pelajar...seterusnya dalam merencanakan pelbagai ops dan modus operandi...antara yang paling berjaya OPS ORANG MINYAK....he he he
  18. Songkok : tempat berprestij bagi bdk STAR...sejujurnya aku sebagai warden pernah naik ke sini sebanyak 2 kali bagi melihat sendiri bagaimana pelajar2 boleh sampai ke situ...kesimpulannya...amat berbahaya dan sedikit kecuaian atau kesilapan boleh mengakibatkan kecelakaan...
  19. Kantin : kenangan terindah di sini esp bersama "ahli mesyuarat tingkap" yang tetap kekal di ingatan sampai bila2....
  20. Dewan STAR : menyimpan banyak memori yang menyaksikan pelbagai majlis, peperiksaan, peristiwa mahupun anugerah demi anugerah yang diperolehi oleh warganya...
  21. Gazebo di hadapan dewan : ini lagi satu tempat pertemuan rasmi para warden....
  22. Bilik Persidangan : tempat berlangsungya perhimpunan mingguan intelektual-intelektual STAR serta persidangan bagi semua ahli Lembaga Disiplin...
  23. Pejabat Am : tempat "WAJIB" yang harus dilawati setiap hari...juga menyimpan pelbagai kisah suka duka STAR...
  24. Gelanggang Bola Keranjang : tempat perhimpunan kedua penting selepas Dewan...tempat spot check rambut, roll call, ...tempat guru beri "nasihat," tazkirah mahupun amaran...termasuk pos kawalan bagi menahan pelajar yang tiba lewat...he he he
  25. Bilik rehat : dulu kat bilik rehat ade tv...so paham-paham je la...akan berlaku insiden kejar mengejar antara pelajar dengan warden yang berpakaian preman...
  26. PSB : perebutan antara guru-guru bagi "membooking" bilik media diikuti bilik APD dan ruang bacaan...he he he
  27. Sick Bay : menyiasat sekiranya ade PATI yang cuba mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh...
  28. Blok-blok Asrama : pengalaman sewaktu mengejutkan mereka sewaktu solat Subuh ( banyak kenangan terindah di sini...trade mark ... KUNCI ...he he he ), waktu inspection hari Ahad, waktu fire drill ( kalo nak ikutkan ramai yang syahid kot...:) ), waktu spot check, gotong-royong....masihkah kau ingat!
  • Rasanye, cukup setakat ini dahulu bagi bahagian pertama,....kesimpulannya, kenangan terindah sewaktu berada di bumi STAR akan kekal terpahat di hati dan sanubari ku....DIRGAHAYU SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH...

Monday, December 27, 2010

2011...Tahun baru....sekolah baru...pengalaman baru..


Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya, tahun 2011 menyusul pula. Tirai 2011 disingkap dengan perjalanan ku sebagai pendidik bakal diteruskan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Yang menariknya inilah buat pertama kali aku bakal berhadapan dengan pelajar perempuan sewaktu melaksanakan proses P&P. Bayangkan lah sewaktu aku melalui ROS sehinggalah mengajar di STAR...semua khalyak ku adalah pelajar lelaki....tahun 1999 sewaktu ROS mengajar di Selangor, khalyaknya lelaki ....tahun 2000 sewaktu latihan praktikal (praktikum) juga mengajar di sekolah lelaki, Sekolah Izuddin Shah (SIS) selama 3 bulan pada awal 2000....diikuti sekolah pertama aku ditempatkan dan menaburkan bakti selama hampir 11 tahun pada 2000 hingga 2010 juga 100% pelajarnya juga adalah lelaki....menarik bukan...Suratan atau kebetulan...

Tentang pengalaman, sejujurnya aku belum pernah lagi mendidik pelajar perempuan dalam kelas P&P secara formal...kecuali sewaktu aku mengendalikan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan SPM di SBP serta sekolah harian yang lain, namun suasananya pasti berbeza.....mungkin aku boleh menggunakan pengalaman ku sewaktu mendapatkan pendidikan formal di sekolah rendah (SK Bakap, Batu Gajah) serta sekolah menengah (Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra)...rasanya ia sedikit sebanyak dapat membantu ku kelak....tapi berbanding dahulu, cabaran dan suasana sekarang mungkin dah berubah dan berbeza rasenye.....takpa lah alah bisa tegal biasa....apa yang lebih penting perjuangan harus diteruskan tak kira lah di mana kita berada kan..erm...satu lagi pengalaman menarik, aku bakal berulang alik dari rumah ke sekolah 110km setiap hari...agak jauh tu....tapi kalau nak dibuat perbandingan, rasenye pengorbanan cikgu2 di kawasan luar bandar/ pedalaman yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh lebih sukar seperti menaiki bot atau menaiki keretapi seawal jam 4 pagi...rasanye aku lebih beruntung berbanding mereka....so jawapannya sama seperti di atas ... alah bisa tegal biasa .... akhir kata ... selamat beramal...

Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT TINGGAL STAR...Terima kasih untuk segalanya..


Semalam aku menerima panggilan daripada sahabat karib ku yang mengatakan aku telah bertukar ke Sekolah Menengah Sains Tapah mulai sessi penggal persekolahan 2011 bermula. Perasaan ku tika itu, bercampur baur antara suka dan duka. Bersyukur atas ketentuan Illahi, namun jauh di sudut hati ku terselit perasaan sedih akan meninggalkan sekolah yang tercinta ini. Ibarat kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....Setelah lebih 10 tahun menghambakan diri di sini, apatah lagi tempat pertama aku memulakan profesion perguruan ku, sukar untuk dinafikan begitu banyak kenangan pahit dan manis silih berganti yang telah ku lalui dalam mendewasakan diri ku sebagai insan bergelar pendidik.

Walaupun mungkin ada yang mengatakan tempoh melebihi 10 tahun itu merupakan suatu detik yang singkat, tapi bagi ku berada di sini, apatah lagi dikelilingi oleh para pelajar dan guru-guru yang hebat dari seluruh negara merupakan satu kesempatan dan pengalaman yang mungkin sukar ku perolehi sekiranya berada di sekolah lain. Pengalaman berada dalam institusi warden merupakan sesuatu yang amat berharga dalam meniti kehidupan seharian di sini. Bukan sedikit pengorbanan yang dituntut, bukan sedikit juga air mata yang telah tumpah,malahan terkadang turut menguji kesabaran masing-masing, namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali, perjuangan tetap diteruskan. Menyedari dan menginsafi hakikat setiap manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan apatah lagi dalam meniti usia remaja, Alhamdulillah semua masalah dapat diatasi. Pengalaman-pengalaman sewaktu melalui pelbagai operasi, spot check, check rambut, mengejutkan solat subuh, suasana di surau, etika di dewan makan, cabaran 50 round, prep petang n malam, time balik solat Jumaat, time outing, time inspection, berkelana di Hospital Ipoh, berhadapan dengan kes-kes disiplin, menghantar pelajar pulang ke Kel n Ter, kereta gores dan menang, berhadapan dengan ibu bapa dan institusi tertentu serta seribu satu kenangan lain ternyata merupakan suatu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dan ianya amat berharga...buat sahabat ku Cikgu Shahnun,sudah cukup mengerti gelaran 6 Jahanam yang telah diberikan kepada kami suatu ketika dahulu khususnya dalam perjuangan menegakkan kebenaran di bumi STAR tercinta ini....namun, bagi yang mengerti tindakan kami hanyalah semata-mata untuk membimbing anak-anak kami, agar tidak tersasar di kemudian hari....biarlah apa orang nak kata, yang penting kita boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Pengalaman manis semasa proses P&P juga meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi diri ku.Masih terngiang-ngiang suasana kemesraan yang wujud semasa proses P&P diselang-selikan dengan derai tawa murid, semata-mata mahu melihat mereka tidak berada dalam golo ngan yang buta sejarah kelak. Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke sini. Kejayaan buat pertama kali STAR mendapat 100% A dalam PMR 2001 bagi subjek SEJARAH merupakan kejayaan pertama ku di STAR. Alhamdulillah bermula SPM 2004 hinggalah kini subjek SEJARAH SPM menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dari tahun ke tahun, bersyukur atas ketentuan Illahi dikurniakan rakan sepasukan yang amat komited sejak menerajui Panitia Sejarah bermula tahun 2001 hinggalah 2010. Kenangan manis sewaktu menjadi pengurus pasukan wind orchestra juga tetap terpahat dalam ingatan. Kejayaan STAR merangkul Johan Sepak Takraw Daerah Kinta 2 bagi pasukan B15 tahun serta Johan Pertandingan Kuiz Perdana Peringkat Negeri juga akan sentiasa diingati. Turut tidak dilupakan kenangan sambutan bulan kemerdekaan serta malam ambang merdeka yang diadakan saban tahun jelas memperlihatkan semangat patriotisme yang menebal di hati sanubari pelajar STAR... bukan untuk mendabik dada, cuma sekadar kenangan untuk dibawa bersama...

Namun, kini semuanya telah tiada....yang tinggal hanya secebis kenangan buat tatapan di hari muka...buat rakan sejawat, persahabatan yang telah terjalin erat sejak sekian lama, pasti akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku...buat anak-anak didik ku yang telah, kini dan bakal meniti dewasa, terima kasih atas kenangan-kenangan indah bersama kalian sepanjang musim-musim yang telah kita lalui bersama...semoga Allah sentiasa merahmati penghidupan kita semua di dunia dan di akhirat hendaknya...mohon maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara...halalkan segala makan dan minum...Insya Allah, semoga ukhwah Islamiah sesama kita berkekalan.hendaknya .. cuma satu sahaja ku pinta, janganlah kesetiaan dan keikhlasan ku sepanjang berada di sekolah tercinta ini dipersoalkan...percayalah kesempatan berada di STAR merupakan suatu kenangan yang terindah yang tidak mungkin boleh diungkapkan dengan kata-kata....TERIMA KASIH STAR, untuk segalanya... cikgu, mohon berundur diri...


Sunday, June 20, 2010

HANOI


15 Jun 2010, merupakan detik bersejarah bagiku kerana pada hari itulah aku dan 21 ahli rombongan yang lain berjaya menjejakkan kaki ke bumi Hanoi dan lebih istimewa ianya merupakan kali pertama bagi diriku menaiki kapal terbang ( setelah 36 tahun dilahirkan...he he he).

HARI PERTAMA (15 JUN 2010)

Kami meninggalkan bumi STAR pada jam 2 pagi dengan menaiki bas dan selamat tiba di KLIA pada jam 5 pagi. Berlegar-legar di KLIA sehinggalah bersarapan pagi di Mc Donald. Pada jam 10.30 pagi, kami mula memasuki ruang pesawat MH 472 (Boeing 737)...tempat duduk ku 26B (aiseh..tak dapat dok tepi tinggkap)...tepat jam 10.55 pagi pesawat mula berlepas meninggalkan KLIA...pengalaman pertama yang menarik...hidangan pagi disediakan (just murtabak ayam n etc...lapar punya pasai licin abih)...pada jam 1.55 pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi...lapangan terbang agak kecil...setelah mendapat bagasi kami melalui pemeriksaan imegresen...kemudian menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami iaitu Hanoi View Hotel...selesai urusan penempatan bilik kami menuju ke Restoran Nisa (Pemiliknya orang Johor) bagi hidangan makan tengah hari dengan menaiki 3 buah teksi (7 tempat duduk)...kembali semula ke hotel, kemudian kami di bawa melawat Hang Da Market sebuah tempat tumpuan pelancong bagi membeli belah...sesuatu yang agak unik di Hanoi ialah sebahagian besar penduduk menggunakan motosikal di jalan raya...tanpa peraturan...mereka memandu sambil membunyikan hon...lorong sehala menjadi dua hala...boleh buat U turn di tengah2 kesibukan jalan raya...mula2 cuak jugak nak melintas...last2 kita redah aje...yang menariknya bila kita melintas mereka akan memberi laluan...yang penting kita jangan panik...ade kawasan yang mempunyai traffic light pun mereka tidak menghiraukannya...Jam 8 malam, kami sekali lagi makan malam di Restoran Nisa...kemudian kembali semula ke hotel penginapan...letih seharian...terlena terus....

HARI KEDUA (16 JUN )

Seawal pagi kami bertolak ke Halong Bay (perjalanan mengambil masa 3.30 jam)...dalam perjalanan kami singgah di pusat kraftangan Vietnam khususnya pembuatan patung marmar. lukisan daripada kulit telur dan seni tekatan benang sutera...hasil seni tersebut amat mengkagumkan khususnya seni tekatan tersebut...singgah sebentar di tempat jualan buah2 bermusim...buah nenasnye bersaiz kecil dan tersangatla manis...buah laicinya pun sama...puas jugak la aku makan...akhirnya setelah menempuh perjalanan jauh kami tiba di Jeti Ha Long...kami menaiki bot kecil menuju dua buah kapal (cruise ) yang akan menempatkan kami...selepas mendapat kabin masing2...kami mula belayar menuju ke Ha Long Bay

Ha Long Bay merupakan tapak warisan dunia UNESCO terdiri daripada gugusan 2000 pulau-pulau batu kapur...kami belayar melalui gugusan-gugusan pulau tersebut...melihat perkampungan nelayan terapung...siap terdapat sekolah dan bank terapung...pihak kerajaan Vietnam menukarkan bahan makanan, sayuran, air dan beras dengan hasil tangkapan laut mereka...kami belayar melalui formasi pulau batu kapur yang menarik seperti Cat Rock, Dog Rock dan yang paling terkenal The Kissing Rock...pemandangan yang cukup indah belayar di sini...pelayaran kami berhenti sebentar bagi membeli makanan laut untuk hidangan malam nanti...kami membeli 2 ekor ikan kerapu (besar) dan udang segar...pelayaran kami diteruskan lagi menuju ke pusat tumpuan pelancong di sebuah gua batu kapur...kami menaiki anak-anak tangga menuju ke dalam 3 kompleks gua yang sangat cantik membentuk formasi-formasi menarik hasil daripada pembentukkan stalagtite dan stalagmite...setelah menghabiskan masa meneroka keindahan gua tersebut kami menaiki bot semula lalu menuju ke pantai terkemuka iaitu pantai Tip To...pantai dan air lautnya sangat bersih walaupun puluhan kapal berulang alik setiap hari di kawasan tersebut...selepas melepaskan lelah kami menaiki bot semula menuju ke kapal kami...selepas berehat sebentar aku dan rakan-rakan berpeluang melihat keindahan ciptaan Illahi sewaktu pemandangan matahari terbenam...Alhamdulillah aku sempat merakamkan saat-saat tersebut...tepat jam 7 malam kami mula makan malam...cuma di dalam kapal air minum tak disediakan...so kenala beli, paling murah air mineral 500ml dengan harga 10,000 Dong (RM2)...so terpaksa la aku beli berbotol-botol, takkan nak minum air laut pulak...selepas makan malam kami menghabiskan masa dengan sessi karaoke (masalahnya lagu2 dia banyak yang lagu2 lama...bukan zaman aku)...kemudian kami pergi atas dek merenung dan menghitung bintang dan diakhiri dengan PARTI MEE MAGGIE di atas kapal...kemudian masing2 balik ke kabin...apa lagi tidurla...nak kumpul tenaga untuk esok hari.

HARI KETIGA (17 JUN )

Kami belayar meninggalkan Ha Long Bay pada jam 7 pagi, agak sayu meninggalkan kawasan yang indah dan cukup tenang ini, jam 8.15 pagi kami selamat tiba di Jeti Halong Bay...kami meneruskan perjalanan ke Ha Long Market...di sini aku beli topi koboi...perjalanan diteruskan lagi ke Ba Chay trading Centre (pusat kraftangan) berehat di sini dalam sejam sebelum meneruskan perjalanan ke hotel penginapan...tiba di hotel penginapan, kami menuju ke Hotel Nisa untuk makan tengah hari...pukul 3.30 kami menuju ke Army Museum...satu tempat yang menarik, kami sempat berposing maut di sini, yang menariknya pengawal muzium terdiri daripada tentera vietnam...tapi kami tak dibenarkan bergambar dengannya...siap kena warning...he he he...selepas melawat muzium, kami bergegas ke Dong Xuan Market...di sini kami semu berpecah...aku dan 2 orang kawan ku mengambil kesempatan melawat Tasik Hoan Kiem di tengah-tengah bandar Hanoi...di sini aku dan rakan ku membeli sepasang kasut kasual (agak murah ), kemudian kami bertemu dengan seorang pengawal keselamatan yang fasih berbahasa Melayu, beliau menunjukkan kami arah kedai menjual MP4...akhirnya kami membeli sorang satu MP4...setelah penat meronda...kami menaiki teksi ke Restoran Nisa untuk makan malam...selepas itu kembali semula ke hotel untuk istirehat...

HARI TERAKHIR (18 JUN )

Seawal 7.30 pagi, kami bertujuh bergegas semula ke Old Quater bagi mencari kain telekung dan setelah puas mencari kami berjumpa juga dengan kedai tersebut (satu-satunya kedai menjual telekung kerana penduduk Muslim di Hanoi hanya 200 penduduk berbanding 6.5 juta keseluruhan penduduk Hanoi )...kemudian kami membeli beberapa cenderahati...menaiki teksi kembali ke hotel semula untuk urusan check out...jam 10.30 pagi mula check out dan menuju ke airport...kapal terbang berlepas meninggalkan bumi Hanoi tepat jam 2.10 waktu tempatan dan selamat mendarat di KLIA pada jam 6 petang...pengalaman mendarat kali ini, boeing mendarat agak "kasar" sedikit berbanding masa penerbangan lalu...pukul 10 malam kami menaiki bas meninggalkan KLIA dan selamat kembali semula ke STAR pada jam 12.45 pagi...pengembaraan ini meninggalkan kenangan manis walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang agak panas sekitar 40 C, keadaan trafik yang agak unik...namun sesuatu yang menarik di Hanoi ialah kita tidak akan berjumpa dengan orang berbadan besar, tiada tanah terbiar, bentuk rumah seragam yang agak unik, penduduk Hanoi yang bersantai di sepanjang jalan sambil makan dan minum...namun berhati-hati bila berada di sini kerana ramai penyeluk saku terlatih, hinggakan hand phone sahabat ku turut menjadi mangsa...inilah sekadar catatan perjalanan ku sewaktu berkelana sementara di bumi Hanoi

Wednesday, February 17, 2010

Antara HARTA dan ILMU


Saidina Ali r.a pernah ditanya, apakah harta atau ilmu lebih penting?

Dengan tegas Saidina Ali r.a menjawab ilmu tetap lebih penting daripada harta, kerana

  1. Ilmu adalah peninggalan para Anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan kuncu-kuncunya (seumpamanya).
  2. Ilmu memelihara kita, tetapi harta terpaksa dipelihara.
  3. Jika banyak harta, banyaklah musuh, tetapi akan lebih banyak taulan jika semakin banyak ilmu.
  4. Harta akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah.
  5. Orang yang berharta kadang-kadang digelar sebagai "orang bakhil" tetapi orang berilmu akan dimuliakan.
  6. Harta terpaksa dipelihara daripada dicuri, tetapi ilmu tidak perlu begitu.
  7. Orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu memberi syafaat kepada tuannya.
  8. Harta lama kelamaan akan binasa, tetapi ilmu tidak.
  9. Harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya, sebaliknya ilmu sebagai penerang dan penawar.
  10. Manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai tuhan, tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan dan kehambaan kepada tuhannya.