Wednesday, February 17, 2010

Antara HARTA dan ILMU


Saidina Ali r.a pernah ditanya, apakah harta atau ilmu lebih penting?

Dengan tegas Saidina Ali r.a menjawab ilmu tetap lebih penting daripada harta, kerana

  1. Ilmu adalah peninggalan para Anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan kuncu-kuncunya (seumpamanya).
  2. Ilmu memelihara kita, tetapi harta terpaksa dipelihara.
  3. Jika banyak harta, banyaklah musuh, tetapi akan lebih banyak taulan jika semakin banyak ilmu.
  4. Harta akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah.
  5. Orang yang berharta kadang-kadang digelar sebagai "orang bakhil" tetapi orang berilmu akan dimuliakan.
  6. Harta terpaksa dipelihara daripada dicuri, tetapi ilmu tidak perlu begitu.
  7. Orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu memberi syafaat kepada tuannya.
  8. Harta lama kelamaan akan binasa, tetapi ilmu tidak.
  9. Harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya, sebaliknya ilmu sebagai penerang dan penawar.
  10. Manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai tuhan, tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan dan kehambaan kepada tuhannya.