Sunday, June 20, 2010

HANOI


15 Jun 2010, merupakan detik bersejarah bagiku kerana pada hari itulah aku dan 21 ahli rombongan yang lain berjaya menjejakkan kaki ke bumi Hanoi dan lebih istimewa ianya merupakan kali pertama bagi diriku menaiki kapal terbang ( setelah 36 tahun dilahirkan...he he he).

HARI PERTAMA (15 JUN 2010)

Kami meninggalkan bumi STAR pada jam 2 pagi dengan menaiki bas dan selamat tiba di KLIA pada jam 5 pagi. Berlegar-legar di KLIA sehinggalah bersarapan pagi di Mc Donald. Pada jam 10.30 pagi, kami mula memasuki ruang pesawat MH 472 (Boeing 737)...tempat duduk ku 26B (aiseh..tak dapat dok tepi tinggkap)...tepat jam 10.55 pagi pesawat mula berlepas meninggalkan KLIA...pengalaman pertama yang menarik...hidangan pagi disediakan (just murtabak ayam n etc...lapar punya pasai licin abih)...pada jam 1.55 pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi...lapangan terbang agak kecil...setelah mendapat bagasi kami melalui pemeriksaan imegresen...kemudian menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami iaitu Hanoi View Hotel...selesai urusan penempatan bilik kami menuju ke Restoran Nisa (Pemiliknya orang Johor) bagi hidangan makan tengah hari dengan menaiki 3 buah teksi (7 tempat duduk)...kembali semula ke hotel, kemudian kami di bawa melawat Hang Da Market sebuah tempat tumpuan pelancong bagi membeli belah...sesuatu yang agak unik di Hanoi ialah sebahagian besar penduduk menggunakan motosikal di jalan raya...tanpa peraturan...mereka memandu sambil membunyikan hon...lorong sehala menjadi dua hala...boleh buat U turn di tengah2 kesibukan jalan raya...mula2 cuak jugak nak melintas...last2 kita redah aje...yang menariknya bila kita melintas mereka akan memberi laluan...yang penting kita jangan panik...ade kawasan yang mempunyai traffic light pun mereka tidak menghiraukannya...Jam 8 malam, kami sekali lagi makan malam di Restoran Nisa...kemudian kembali semula ke hotel penginapan...letih seharian...terlena terus....

HARI KEDUA (16 JUN )

Seawal pagi kami bertolak ke Halong Bay (perjalanan mengambil masa 3.30 jam)...dalam perjalanan kami singgah di pusat kraftangan Vietnam khususnya pembuatan patung marmar. lukisan daripada kulit telur dan seni tekatan benang sutera...hasil seni tersebut amat mengkagumkan khususnya seni tekatan tersebut...singgah sebentar di tempat jualan buah2 bermusim...buah nenasnye bersaiz kecil dan tersangatla manis...buah laicinya pun sama...puas jugak la aku makan...akhirnya setelah menempuh perjalanan jauh kami tiba di Jeti Ha Long...kami menaiki bot kecil menuju dua buah kapal (cruise ) yang akan menempatkan kami...selepas mendapat kabin masing2...kami mula belayar menuju ke Ha Long Bay

Ha Long Bay merupakan tapak warisan dunia UNESCO terdiri daripada gugusan 2000 pulau-pulau batu kapur...kami belayar melalui gugusan-gugusan pulau tersebut...melihat perkampungan nelayan terapung...siap terdapat sekolah dan bank terapung...pihak kerajaan Vietnam menukarkan bahan makanan, sayuran, air dan beras dengan hasil tangkapan laut mereka...kami belayar melalui formasi pulau batu kapur yang menarik seperti Cat Rock, Dog Rock dan yang paling terkenal The Kissing Rock...pemandangan yang cukup indah belayar di sini...pelayaran kami berhenti sebentar bagi membeli makanan laut untuk hidangan malam nanti...kami membeli 2 ekor ikan kerapu (besar) dan udang segar...pelayaran kami diteruskan lagi menuju ke pusat tumpuan pelancong di sebuah gua batu kapur...kami menaiki anak-anak tangga menuju ke dalam 3 kompleks gua yang sangat cantik membentuk formasi-formasi menarik hasil daripada pembentukkan stalagtite dan stalagmite...setelah menghabiskan masa meneroka keindahan gua tersebut kami menaiki bot semula lalu menuju ke pantai terkemuka iaitu pantai Tip To...pantai dan air lautnya sangat bersih walaupun puluhan kapal berulang alik setiap hari di kawasan tersebut...selepas melepaskan lelah kami menaiki bot semula menuju ke kapal kami...selepas berehat sebentar aku dan rakan-rakan berpeluang melihat keindahan ciptaan Illahi sewaktu pemandangan matahari terbenam...Alhamdulillah aku sempat merakamkan saat-saat tersebut...tepat jam 7 malam kami mula makan malam...cuma di dalam kapal air minum tak disediakan...so kenala beli, paling murah air mineral 500ml dengan harga 10,000 Dong (RM2)...so terpaksa la aku beli berbotol-botol, takkan nak minum air laut pulak...selepas makan malam kami menghabiskan masa dengan sessi karaoke (masalahnya lagu2 dia banyak yang lagu2 lama...bukan zaman aku)...kemudian kami pergi atas dek merenung dan menghitung bintang dan diakhiri dengan PARTI MEE MAGGIE di atas kapal...kemudian masing2 balik ke kabin...apa lagi tidurla...nak kumpul tenaga untuk esok hari.

HARI KETIGA (17 JUN )

Kami belayar meninggalkan Ha Long Bay pada jam 7 pagi, agak sayu meninggalkan kawasan yang indah dan cukup tenang ini, jam 8.15 pagi kami selamat tiba di Jeti Halong Bay...kami meneruskan perjalanan ke Ha Long Market...di sini aku beli topi koboi...perjalanan diteruskan lagi ke Ba Chay trading Centre (pusat kraftangan) berehat di sini dalam sejam sebelum meneruskan perjalanan ke hotel penginapan...tiba di hotel penginapan, kami menuju ke Hotel Nisa untuk makan tengah hari...pukul 3.30 kami menuju ke Army Museum...satu tempat yang menarik, kami sempat berposing maut di sini, yang menariknya pengawal muzium terdiri daripada tentera vietnam...tapi kami tak dibenarkan bergambar dengannya...siap kena warning...he he he...selepas melawat muzium, kami bergegas ke Dong Xuan Market...di sini kami semu berpecah...aku dan 2 orang kawan ku mengambil kesempatan melawat Tasik Hoan Kiem di tengah-tengah bandar Hanoi...di sini aku dan rakan ku membeli sepasang kasut kasual (agak murah ), kemudian kami bertemu dengan seorang pengawal keselamatan yang fasih berbahasa Melayu, beliau menunjukkan kami arah kedai menjual MP4...akhirnya kami membeli sorang satu MP4...setelah penat meronda...kami menaiki teksi ke Restoran Nisa untuk makan malam...selepas itu kembali semula ke hotel untuk istirehat...

HARI TERAKHIR (18 JUN )

Seawal 7.30 pagi, kami bertujuh bergegas semula ke Old Quater bagi mencari kain telekung dan setelah puas mencari kami berjumpa juga dengan kedai tersebut (satu-satunya kedai menjual telekung kerana penduduk Muslim di Hanoi hanya 200 penduduk berbanding 6.5 juta keseluruhan penduduk Hanoi )...kemudian kami membeli beberapa cenderahati...menaiki teksi kembali ke hotel semula untuk urusan check out...jam 10.30 pagi mula check out dan menuju ke airport...kapal terbang berlepas meninggalkan bumi Hanoi tepat jam 2.10 waktu tempatan dan selamat mendarat di KLIA pada jam 6 petang...pengalaman mendarat kali ini, boeing mendarat agak "kasar" sedikit berbanding masa penerbangan lalu...pukul 10 malam kami menaiki bas meninggalkan KLIA dan selamat kembali semula ke STAR pada jam 12.45 pagi...pengembaraan ini meninggalkan kenangan manis walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang agak panas sekitar 40 C, keadaan trafik yang agak unik...namun sesuatu yang menarik di Hanoi ialah kita tidak akan berjumpa dengan orang berbadan besar, tiada tanah terbiar, bentuk rumah seragam yang agak unik, penduduk Hanoi yang bersantai di sepanjang jalan sambil makan dan minum...namun berhati-hati bila berada di sini kerana ramai penyeluk saku terlatih, hinggakan hand phone sahabat ku turut menjadi mangsa...inilah sekadar catatan perjalanan ku sewaktu berkelana sementara di bumi Hanoi