Monday, December 27, 2010

2011...Tahun baru....sekolah baru...pengalaman baru..


Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya, tahun 2011 menyusul pula. Tirai 2011 disingkap dengan perjalanan ku sebagai pendidik bakal diteruskan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Yang menariknya inilah buat pertama kali aku bakal berhadapan dengan pelajar perempuan sewaktu melaksanakan proses P&P. Bayangkan lah sewaktu aku melalui ROS sehinggalah mengajar di STAR...semua khalyak ku adalah pelajar lelaki....tahun 1999 sewaktu ROS mengajar di Selangor, khalyaknya lelaki ....tahun 2000 sewaktu latihan praktikal (praktikum) juga mengajar di sekolah lelaki, Sekolah Izuddin Shah (SIS) selama 3 bulan pada awal 2000....diikuti sekolah pertama aku ditempatkan dan menaburkan bakti selama hampir 11 tahun pada 2000 hingga 2010 juga 100% pelajarnya juga adalah lelaki....menarik bukan...Suratan atau kebetulan...

Tentang pengalaman, sejujurnya aku belum pernah lagi mendidik pelajar perempuan dalam kelas P&P secara formal...kecuali sewaktu aku mengendalikan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan SPM di SBP serta sekolah harian yang lain, namun suasananya pasti berbeza.....mungkin aku boleh menggunakan pengalaman ku sewaktu mendapatkan pendidikan formal di sekolah rendah (SK Bakap, Batu Gajah) serta sekolah menengah (Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra)...rasanya ia sedikit sebanyak dapat membantu ku kelak....tapi berbanding dahulu, cabaran dan suasana sekarang mungkin dah berubah dan berbeza rasenye.....takpa lah alah bisa tegal biasa....apa yang lebih penting perjuangan harus diteruskan tak kira lah di mana kita berada kan..erm...satu lagi pengalaman menarik, aku bakal berulang alik dari rumah ke sekolah 110km setiap hari...agak jauh tu....tapi kalau nak dibuat perbandingan, rasenye pengorbanan cikgu2 di kawasan luar bandar/ pedalaman yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh lebih sukar seperti menaiki bot atau menaiki keretapi seawal jam 4 pagi...rasanye aku lebih beruntung berbanding mereka....so jawapannya sama seperti di atas ... alah bisa tegal biasa .... akhir kata ... selamat beramal...

9 comments:

  1. ah sudah...
    kang terkelu depan perempuan2 tersebut..
    haha..

    btw cikgu, gud luck di tanah orang!
    =)

    ReplyDelete
  2. Cuak der....takde la...he he he...no woman no cry (3x)

    ReplyDelete
  3. salam

    Tahniah ada bunga sekarang ye..aku akan sentiasa merindui gelak tawa bersama

    ReplyDelete
  4. Kau buang lah blog TENTANG BINTANG dari blog list kau..menyampah aku..takde nak berbintang2 lagi

    ReplyDelete
  5. Jangan cakap cam tu nun...ape2 hal pun kenangan terindah kat STAR takkan dilupakan...juga amat merindui geng OLD SCHOOL n ahli mesyuarat tingkap...

    ReplyDelete
  6. i'allah cikgu akan tetap macho depan students perempaun nanti..haha..ulak alik 110km tu pengorbanan besa tu..mulia kerja cikgu

    gud luck cgu !

    ReplyDelete
  7. thanx uthman .... all the best for SPM 2012...:)

    ReplyDelete
  8. ruangan yang bagus....menyentuh kalbu

    ReplyDelete
  9. trulyidea

    down memory lane....aku dan kenangan...

    ReplyDelete