Saturday, January 1, 2011

Kisah di tahun baru...


Usai solat subuh pagi tadi, aku seperti biasa menuju ke medan selera Batu Gajah untuk bersarapan pagi ... seperti biasa port ku adalah kedai Abang Nasir ... setibanya di sana ku lihat seorang pakcik berada dalam keadaan gelisah, beberapa kali melihat jam tangannya ... reaksi pakcik itu turut menarik perhatian Abang Nasir ... Abang Nasir lalu duduk di sebelahku yang sedang menikmati nasi goreng ... menurut Abang Nasir pakcik tu gelisah menunggu isterinya yang tidak pulang dari pasar basah di seberang jalan ... yang mengejutkan ku cerita Abang Nasir ... "Cikgu jangan tak tau, orang tu tak pernah menjejakkan kaki ke pasar mahupun memasak atau menyediakan air sepanjang hidupnya." ... " Mana abang tahu? ... soal ku ...dengan selamba Abang Nasir berkata ... " Isteri-isteri dia yang bagitau kat abang dan kakak (isteri abg Nasir)" ...

Lalu berceritalah lagi abg nasir dengan panjang lebar tentang perangai pakcik itu terhadap Allahyarhamah isteri pertama dan isteri kedua, tentang sikapnya yang tidak mahu langsung melakukan kerja rumah seperti menyapu, memasak etc ... peringkat awal sukar untuk ku mempercayainya ... sehinggalah akhirnya ku melihat pengakhiran drama tersebut ... ketibaan isterinya yang sarat membawa bakul dari pasar seberang jalan disambut dengan teguran si suami ... "Apesal yang lambat sangat, beli sayur ke tanam sayur, tak boleh harap..." ... si isteri tidak berkata apa-apa ... terus ke pintu hadapan...lalu membuka bonet dan meletakkan bakulnya ... dari kejauhan ku sempat melihat wajah kesayuan yang terpancar diwajahnya ketika sempat menoleh ke arah ku ... sebelum kereta proton wira biru itu berlalu pergi ... apalah dosa si isteri sampai diperlakukan oleh pakcik berketayap putih tersebut ... jauh di sudut hati ku amat mensyukuri dianugerahkan kedua ibu bapa yang amat menyayangi antara satu sama lain serta mengasihi anak-anak mereka ... lamunan ku terhenti apabila Abang Nasir berkata dari dapurnya ... " Betulkan kata-kata saya tadi, cikgu" ... itulah cerita dan pengalaman ku seawal pagi di tahun baru...

2 comments: