Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT TINGGAL STAR...Terima kasih untuk segalanya..


Semalam aku menerima panggilan daripada sahabat karib ku yang mengatakan aku telah bertukar ke Sekolah Menengah Sains Tapah mulai sessi penggal persekolahan 2011 bermula. Perasaan ku tika itu, bercampur baur antara suka dan duka. Bersyukur atas ketentuan Illahi, namun jauh di sudut hati ku terselit perasaan sedih akan meninggalkan sekolah yang tercinta ini. Ibarat kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....Setelah lebih 10 tahun menghambakan diri di sini, apatah lagi tempat pertama aku memulakan profesion perguruan ku, sukar untuk dinafikan begitu banyak kenangan pahit dan manis silih berganti yang telah ku lalui dalam mendewasakan diri ku sebagai insan bergelar pendidik.

Walaupun mungkin ada yang mengatakan tempoh melebihi 10 tahun itu merupakan suatu detik yang singkat, tapi bagi ku berada di sini, apatah lagi dikelilingi oleh para pelajar dan guru-guru yang hebat dari seluruh negara merupakan satu kesempatan dan pengalaman yang mungkin sukar ku perolehi sekiranya berada di sekolah lain. Pengalaman berada dalam institusi warden merupakan sesuatu yang amat berharga dalam meniti kehidupan seharian di sini. Bukan sedikit pengorbanan yang dituntut, bukan sedikit juga air mata yang telah tumpah,malahan terkadang turut menguji kesabaran masing-masing, namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali, perjuangan tetap diteruskan. Menyedari dan menginsafi hakikat setiap manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan apatah lagi dalam meniti usia remaja, Alhamdulillah semua masalah dapat diatasi. Pengalaman-pengalaman sewaktu melalui pelbagai operasi, spot check, check rambut, mengejutkan solat subuh, suasana di surau, etika di dewan makan, cabaran 50 round, prep petang n malam, time balik solat Jumaat, time outing, time inspection, berkelana di Hospital Ipoh, berhadapan dengan kes-kes disiplin, menghantar pelajar pulang ke Kel n Ter, kereta gores dan menang, berhadapan dengan ibu bapa dan institusi tertentu serta seribu satu kenangan lain ternyata merupakan suatu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dan ianya amat berharga...buat sahabat ku Cikgu Shahnun,sudah cukup mengerti gelaran 6 Jahanam yang telah diberikan kepada kami suatu ketika dahulu khususnya dalam perjuangan menegakkan kebenaran di bumi STAR tercinta ini....namun, bagi yang mengerti tindakan kami hanyalah semata-mata untuk membimbing anak-anak kami, agar tidak tersasar di kemudian hari....biarlah apa orang nak kata, yang penting kita boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Pengalaman manis semasa proses P&P juga meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi diri ku.Masih terngiang-ngiang suasana kemesraan yang wujud semasa proses P&P diselang-selikan dengan derai tawa murid, semata-mata mahu melihat mereka tidak berada dalam golo ngan yang buta sejarah kelak. Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke sini. Kejayaan buat pertama kali STAR mendapat 100% A dalam PMR 2001 bagi subjek SEJARAH merupakan kejayaan pertama ku di STAR. Alhamdulillah bermula SPM 2004 hinggalah kini subjek SEJARAH SPM menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dari tahun ke tahun, bersyukur atas ketentuan Illahi dikurniakan rakan sepasukan yang amat komited sejak menerajui Panitia Sejarah bermula tahun 2001 hinggalah 2010. Kenangan manis sewaktu menjadi pengurus pasukan wind orchestra juga tetap terpahat dalam ingatan. Kejayaan STAR merangkul Johan Sepak Takraw Daerah Kinta 2 bagi pasukan B15 tahun serta Johan Pertandingan Kuiz Perdana Peringkat Negeri juga akan sentiasa diingati. Turut tidak dilupakan kenangan sambutan bulan kemerdekaan serta malam ambang merdeka yang diadakan saban tahun jelas memperlihatkan semangat patriotisme yang menebal di hati sanubari pelajar STAR... bukan untuk mendabik dada, cuma sekadar kenangan untuk dibawa bersama...

Namun, kini semuanya telah tiada....yang tinggal hanya secebis kenangan buat tatapan di hari muka...buat rakan sejawat, persahabatan yang telah terjalin erat sejak sekian lama, pasti akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku...buat anak-anak didik ku yang telah, kini dan bakal meniti dewasa, terima kasih atas kenangan-kenangan indah bersama kalian sepanjang musim-musim yang telah kita lalui bersama...semoga Allah sentiasa merahmati penghidupan kita semua di dunia dan di akhirat hendaknya...mohon maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara...halalkan segala makan dan minum...Insya Allah, semoga ukhwah Islamiah sesama kita berkekalan.hendaknya .. cuma satu sahaja ku pinta, janganlah kesetiaan dan keikhlasan ku sepanjang berada di sekolah tercinta ini dipersoalkan...percayalah kesempatan berada di STAR merupakan suatu kenangan yang terindah yang tidak mungkin boleh diungkapkan dengan kata-kata....TERIMA KASIH STAR, untuk segalanya... cikgu, mohon berundur diri...


5 comments:

  1. aiseh...
    kena la ke tapah pula cari cikgu-cikgu star lepas ni...
    haha

    ReplyDelete
  2. tak yah...ke Tapah haziq...cikgu still duduk kat Batu Gajah ...berulang ke Tapah... kalo tersesat kat Kellie Castle call je ckg...rmh ckg dah tak jauh dari situ...

    ReplyDelete
  3. selamat tinggal cikgu...
    semoga cikgu bahagia selalu kat sana

    terima kasih selama ni ajar saya eh?
    =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih aiman atas ingatan tulus ikhlas tersebut....semoga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat..

    ReplyDelete