Saturday, July 2, 2011

Aku dan Ketua Panitia


Pada Khamis lalu dalam mesyuarat kurikulum SESTA kali ketiga, aku secara rasminya telah melatakkan jawatan sebagai Ketua Panitia Sejarah kepada guru baru selaras dengan jawatan yang ku sandang kini iaitu sebagai Guru Kanan Kemanusiaan. Hampir 12 tahun aku memegang post ini, sejak hari ketiga aku melaporkan diri ke STAR,Ipoh sehinggalah pada hari Khamis yang lalu. Pada firasat ku setakat ini aku lah memegang rekod ketua panitia sejarah paling lama di STAR iaitu dari tahun 2000 hingga 2010. Banyak ilmu pentadbiran mahupun pengurusan dokumentasi yang ku alami sepanjang tempoh masa tersebut. Alhamdulillah, berkat usahasama yang erat di kalangan ahli panitia membawa subjek sejarah sentiasa cemerlang saban tahun sama ada dalam PMR mahupun SPM. Team pertama aku terdiri daripada Cikgu Azlan, Cikgu Jeffridin, Cikgu Mohd Jais. Team keduaku pula terdiri daripada Cikgu Shahnun, cikgu Sharifah, Cikgu Maimunah serta Cikgu Asyrafi. Pengalaman yang menyeksakan apabila terpaksa mengajar di dua tingkatan peperiksaan iaitu peringkat PMR dan SPM, namun Alhamdulillah alah bisa tegal biasa. Kenangan yang tak dapat dilupakan apabila PMR diumumkan bagi calon 2001, buat pertama kalinya dalam sejarah STAR, subjek Sejarah mencatatkan 100% A dalam PMR. Kejayaan ini diulangi pada tahun 2003. Peringkat SPM mula menyaksikan pasukan regu ku semakin menjadi-jadi, syukur Alhamdulillah. Sebagai pasukan beregu, aku pernah digandingkan dengan Cikgu Azlan, Cikgu Maimunah dan Cikgu Shahnun. Kemuncak kejayaan kami dalam SPM adalah pada tahun lepas, iaitu gandingan aku dengan sahabat ku iaitu Cikgu Shahnun hampir mencatat 100% gred A dengan hanya seorang pelajar mendapat B. Alhamdulillah, aku meninggalkan bumi STAR dengan membawa kenangan manis, melihat kejayaan saban tahun pelajar atau anak didik dalam peperiksaan PMR mahupun SPM. Bukan sedikit keringat yang diperah malah bukan sedikit air mata kami tumpah dalam melihat kejayaan anak didik-didik kami, bukan penghargaan yang kami pinta, cukuplah ingatan ikhlas di hati kami agar mereka mengenal di mana mereka bermula. Selamat tinggal kenangan ... terima kasih untuk segalanya ... KETUA PANITIA...

Tuesday, June 28, 2011

Dirgahayu JENAN8791


Begitu pantas masa berlalu .... tahun ini genap 20 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan ku di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai JENAN. Sejujurnya berada di sekolah tersebut merupakan satu kesempatan dan peluang yang merakamkan pelbagai kenangan suka dan duka dalam meniti usia remaja. Berada di salah sebuah SBP Premier yang rata-rata pelajarnya datang dari seluruh pelusuk negeri tanah air termasuk Sabah dan Sarawak ternyata suatu pengalaman yang amat berharga. Itulah yang membezakan SBP Premier dengan SBP2 yang lain. Persahabatan yang terjalin amat erat, tidak dinafikan terkadang diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat, namun perasaan "brotherhood" mengatasi segalanya. Persaingan dalam menempatkan diri dalam kelompok pelajar yang elit dalam akademik terkadang menuntut pengorbanan yang besar. Ditemani pula oleh guru-guru yang rata-ratanya berpengalaman luas termasuk kehadiran warden-warden dalam membentuk kami sebagai generasi yang berakhlak mulia sebagai bakal pelapis kepimpinan negara kelak.Terkadang diuji dengan hukuman oleh warden walaupun kesalahan tidaklah seberapa, namun kami berpegang teguh kepada prinsip AKUR. Sebarang kesalahan yang dilakukan oleh ahli rumah, pasti upacara rotan akan dilakukan oleh warden disaksikan secara langsung oleh setiap ahli dorm. Derai tawa, sorak riang, tangisan serta air mata merupakan rencah kehidupan di sini. Surat kiriman biasa menjadi penghubung antara kami dengan ibu bapa. Kesempatan berada dalam Pasukan Pengakap 8 Kubang Pasu merupakan antara pengalaman menarik sepanjang berada di sini, perkhemahan yang sering diadakan di luar sekolah dapat melupakan sebentar "stress" yang dilalui, hampir tersesat di Lata Bayu semasa jungle treking dek keceluparan mulut ku dan sahabat ku merupakan suatu pengalaman once in a life time. Sejujurnya buat diri ku pengalaman berada di Jenan merupakan antara saat yang paling manis kepada diri ku. Alhamdulillah persahabatan yang terjalin sejak 1987 masih erat dan akrab sehingga ke hari ini yang telah menjangkau usianya hampir 25 tahun. Banyaklah lagi yang boleh dicoretkan diruang ini, cukuplah buat masa ini. Reunion yang diadakan saban tahun, dapat merapatkan lagi ukhwah islamiah yang terjalin sejak sekian lama .... Terima kasih Jenan .... Terima kasih Jenan8791 atas persahabatan .... Terima kasih untuk segalanya....

Monday, June 27, 2011

6 bulan telah berlalu ... suatu legasi


Alhamdulillah .... diam tak diam dah 6 bulan aku berada kat bumi SESTA ini. Memang pantas masa berlalu ... tahun ni banyak meninggalkan kenangan manis bagi ku ... kejayaan pelajar2 STAR tahun lepas dalam subjek sejarah SPM hasil usaha bersama diri ku dengan sahabat ku ternyata membuahkan hasil yang amat memberangsangkan sepeninggalan ku dari alma mater tersebut ... Alhamdulillah ... hampir 11 tahun berada di STAR ternyata banyak mendewasakan ku ... termasuk menjadi Ketua Panitia di sana since 2000 hinggalah sahabat ku mengambil alih setelah pemergian diri ku ... SESTA ... merupakan medan perjuangan seterusnya bagi diri ku ... bukan sedikit cabaran yang bakal ditempuhi serta telah dilalui ... pengalaman baru berhadapan dengan pelajar-pelajar perempuan buat pertama kali dalam profesion perguruan ku ... Alhamdulillah, dapat ku lalui dengan jayanya setakat ini ... sebagai satu-satunya guru opsyen sejarah di sekolah ini juga terkadang menguji kesabaran ku ... mahu tak mahu aku diberi amanah mengajar 7 kelas Tingkatan 4 ... Alhamdulillah, setakat ini suasana sewaktu P&P diselangi dengan derai tawa pelajar termasuk diri ku ... ternyata pengalaman telah mendewasakan diri ku sekali lagi ... keseronokan sewaktu mengajar di STAR nampaknya berterusan di sini, syukur atas kurniaan Illahi ... Pengalaman baru dilantik sebagai Guru Kanan Kemanusiaan juga sedikit sebanyak membolehkan diri ku sedikit sebanyak memahami selok belok hal ehwal pentadbiran....Harapan ku, Insya Allah dengan izin Allah, legasi kecemerlangan anak-anak didik ku di STAR dapat diteruskan pulak oleh anak-anak didik ku di sini ... bak kata orang tua-tua ... di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung ... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.

Sunday, January 16, 2011

Mujur ... masih ade yang menghargai ...


Alhamdulillah, petang tadi bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh, 4 orang sahabat ku dari Sekolah Bintang telah membelanja ku menikmati hi tea sambil bertukar-tukar cerita tak terkecuali mengimbau kenangan kami yang lalu. Rasa terharu dengan jemputan tersebut kerana ade lagi yang tahu menghargai erti persahabatan kami yang terjalin erat selama ini ... tempoh hampir 11 tahun ku berkelana di Sekolah Bintang tu mungkin bagi "sesetengah" pihak merupakan detik yang singkat, ... mujurlah masih ade yang ingat ... rancak berbual sedar tak sedar jam telah melewati hampir 5 petang ... teringat kata2 ku tahun lepas ... "Tahun depan kita buat reunion kat tempat ni la, amacam (merujuk kepada chalet sewaktu kami melawat Kelantan) ... Tup ! Tup! rupa2nye aku yang meninggalkan bumi sekolah Bintang tu ... usai pertemuan kami bergambar kenang-kenangan lalu aku telah disend off oleh sahabat-sahabat ku hingga ke pintu lobby hotel ... rase "sebak" gak time tu ... walaupun pemergianku serta 5 orang cikgu lain ke sekolah baru masing2 tanpa majlis perpisahan di sekolah ... namun bagi ku, sahabat-sahabat yang tahu mengenang serta menghargai erti persahabatan kami jauh lebih bermakna dari segala-galanya ... sekalung penghargaan dan terima kasih buat sahabat ku yang mengadakan majlis tersebut iaitu seorang cikgu sejarah, seorang cikgu mod math, seorang cikgu bhs jepun dan seorang cikgu add math ... TERIMA KASIH CIKGU ...

Sunday, January 2, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH ....

Hari ini sebelum penggal persekolahan 2011 bermula, seperti biasa guru2 SBP pasti sibuk dengan proses pendaftaran semula pelajar-pelajar baru, tidak terkecuali diri ku... hari ini aku mengambil kesempatan pergi ke SESTA lebih awal sebelum proses pendaftaran bermula pada jam 10 pagi ... seawal 9 pagi aku telah tiba, aku mengambil kesempatan yang ada untuk meronda blok-blok bangunan yang terdapat di sini ... jangkaan ku meleset, tidak sampai setengah jam aku telah berjaya melawat kesemua blok bangunan penting seperti blok asrama, surau, library, blok akademik, makmal komputer ... lamunan ku terhenti, lantas terus terbayang di ingatan ku tentang kedudukan bangunan di STAR yang ku anggap unik dan klasik ... terpapar di ingatan ku masa yang perlu kami selaku warden ambil untuk meronda dari Rumah Kuning hinggalah rumah Biru ... itu belum lagi mengambil kira aksi kejar mengejar antara kami dengan sprinter-sprinter kat sekolah tu ... memang terbaik la ... kesimpulannya bangunan STAR mewakili era 50 an sedangkan di sini mewakili era Y2K ... masa merubah segalanya ... selesai meronda aku mengambil kesempatan berbual dengan cikgu Irwan, salah seorang kaunselor di sini...

Tepat jam 10 pagi, proses pendaftaran semula bermula di Dewan ... aku telah membantu Cikgu Rahimi (juga guru baru di sini) bagi proses kutipan yuran asrama, suwa mahupun pibg ... buat pertama kalinya aku berurusan dengan para pelajar perempuan yang ditemani waris masing-masing ... yang menariknya ditakdirkan ibu kepada salah seorang pelajar tersebut merupakan bekas anak murid kepada ayah ku hasil daripada perbualan kami ... katanya ... "Kecik dunia ni ye cikgu, dulu saya belajar dengan ayah cikgu, sekarang anak saya pulak belajar dengan cikgu, cikgu tengokla anak saya ni, kalo dia nakal je, cikgu buat la apa yang patut macam ayah cikgu buat kat saya dulu" tegasnya sekali lagi insiden suratan atau kebetulan ... menarik bukan ... Alhamdulillah, proses pendaftaran selesai pada jam 4 petang ... ditemani hujan yang lebat, ku meninggalkan SESTA sambil menanti apakah episod-episod yang bakal ku tempohi di sini ... ku mohon redha Illahi agar diberi kekuatan dan ketabahan hati dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di tanah tumpah darah ku ini ...

Saturday, January 1, 2011

Kisah di tahun baru...


Usai solat subuh pagi tadi, aku seperti biasa menuju ke medan selera Batu Gajah untuk bersarapan pagi ... seperti biasa port ku adalah kedai Abang Nasir ... setibanya di sana ku lihat seorang pakcik berada dalam keadaan gelisah, beberapa kali melihat jam tangannya ... reaksi pakcik itu turut menarik perhatian Abang Nasir ... Abang Nasir lalu duduk di sebelahku yang sedang menikmati nasi goreng ... menurut Abang Nasir pakcik tu gelisah menunggu isterinya yang tidak pulang dari pasar basah di seberang jalan ... yang mengejutkan ku cerita Abang Nasir ... "Cikgu jangan tak tau, orang tu tak pernah menjejakkan kaki ke pasar mahupun memasak atau menyediakan air sepanjang hidupnya." ... " Mana abang tahu? ... soal ku ...dengan selamba Abang Nasir berkata ... " Isteri-isteri dia yang bagitau kat abang dan kakak (isteri abg Nasir)" ...

Lalu berceritalah lagi abg nasir dengan panjang lebar tentang perangai pakcik itu terhadap Allahyarhamah isteri pertama dan isteri kedua, tentang sikapnya yang tidak mahu langsung melakukan kerja rumah seperti menyapu, memasak etc ... peringkat awal sukar untuk ku mempercayainya ... sehinggalah akhirnya ku melihat pengakhiran drama tersebut ... ketibaan isterinya yang sarat membawa bakul dari pasar seberang jalan disambut dengan teguran si suami ... "Apesal yang lambat sangat, beli sayur ke tanam sayur, tak boleh harap..." ... si isteri tidak berkata apa-apa ... terus ke pintu hadapan...lalu membuka bonet dan meletakkan bakulnya ... dari kejauhan ku sempat melihat wajah kesayuan yang terpancar diwajahnya ketika sempat menoleh ke arah ku ... sebelum kereta proton wira biru itu berlalu pergi ... apalah dosa si isteri sampai diperlakukan oleh pakcik berketayap putih tersebut ... jauh di sudut hati ku amat mensyukuri dianugerahkan kedua ibu bapa yang amat menyayangi antara satu sama lain serta mengasihi anak-anak mereka ... lamunan ku terhenti apabila Abang Nasir berkata dari dapurnya ... " Betulkan kata-kata saya tadi, cikgu" ... itulah cerita dan pengalaman ku seawal pagi di tahun baru...