Sunday, January 16, 2011

Mujur ... masih ade yang menghargai ...


Alhamdulillah, petang tadi bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh, 4 orang sahabat ku dari Sekolah Bintang telah membelanja ku menikmati hi tea sambil bertukar-tukar cerita tak terkecuali mengimbau kenangan kami yang lalu. Rasa terharu dengan jemputan tersebut kerana ade lagi yang tahu menghargai erti persahabatan kami yang terjalin erat selama ini ... tempoh hampir 11 tahun ku berkelana di Sekolah Bintang tu mungkin bagi "sesetengah" pihak merupakan detik yang singkat, ... mujurlah masih ade yang ingat ... rancak berbual sedar tak sedar jam telah melewati hampir 5 petang ... teringat kata2 ku tahun lepas ... "Tahun depan kita buat reunion kat tempat ni la, amacam (merujuk kepada chalet sewaktu kami melawat Kelantan) ... Tup ! Tup! rupa2nye aku yang meninggalkan bumi sekolah Bintang tu ... usai pertemuan kami bergambar kenang-kenangan lalu aku telah disend off oleh sahabat-sahabat ku hingga ke pintu lobby hotel ... rase "sebak" gak time tu ... walaupun pemergianku serta 5 orang cikgu lain ke sekolah baru masing2 tanpa majlis perpisahan di sekolah ... namun bagi ku, sahabat-sahabat yang tahu mengenang serta menghargai erti persahabatan kami jauh lebih bermakna dari segala-galanya ... sekalung penghargaan dan terima kasih buat sahabat ku yang mengadakan majlis tersebut iaitu seorang cikgu sejarah, seorang cikgu mod math, seorang cikgu bhs jepun dan seorang cikgu add math ... TERIMA KASIH CIKGU ...

Sunday, January 2, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH ....

Hari ini sebelum penggal persekolahan 2011 bermula, seperti biasa guru2 SBP pasti sibuk dengan proses pendaftaran semula pelajar-pelajar baru, tidak terkecuali diri ku... hari ini aku mengambil kesempatan pergi ke SESTA lebih awal sebelum proses pendaftaran bermula pada jam 10 pagi ... seawal 9 pagi aku telah tiba, aku mengambil kesempatan yang ada untuk meronda blok-blok bangunan yang terdapat di sini ... jangkaan ku meleset, tidak sampai setengah jam aku telah berjaya melawat kesemua blok bangunan penting seperti blok asrama, surau, library, blok akademik, makmal komputer ... lamunan ku terhenti, lantas terus terbayang di ingatan ku tentang kedudukan bangunan di STAR yang ku anggap unik dan klasik ... terpapar di ingatan ku masa yang perlu kami selaku warden ambil untuk meronda dari Rumah Kuning hinggalah rumah Biru ... itu belum lagi mengambil kira aksi kejar mengejar antara kami dengan sprinter-sprinter kat sekolah tu ... memang terbaik la ... kesimpulannya bangunan STAR mewakili era 50 an sedangkan di sini mewakili era Y2K ... masa merubah segalanya ... selesai meronda aku mengambil kesempatan berbual dengan cikgu Irwan, salah seorang kaunselor di sini...

Tepat jam 10 pagi, proses pendaftaran semula bermula di Dewan ... aku telah membantu Cikgu Rahimi (juga guru baru di sini) bagi proses kutipan yuran asrama, suwa mahupun pibg ... buat pertama kalinya aku berurusan dengan para pelajar perempuan yang ditemani waris masing-masing ... yang menariknya ditakdirkan ibu kepada salah seorang pelajar tersebut merupakan bekas anak murid kepada ayah ku hasil daripada perbualan kami ... katanya ... "Kecik dunia ni ye cikgu, dulu saya belajar dengan ayah cikgu, sekarang anak saya pulak belajar dengan cikgu, cikgu tengokla anak saya ni, kalo dia nakal je, cikgu buat la apa yang patut macam ayah cikgu buat kat saya dulu" tegasnya sekali lagi insiden suratan atau kebetulan ... menarik bukan ... Alhamdulillah, proses pendaftaran selesai pada jam 4 petang ... ditemani hujan yang lebat, ku meninggalkan SESTA sambil menanti apakah episod-episod yang bakal ku tempohi di sini ... ku mohon redha Illahi agar diberi kekuatan dan ketabahan hati dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di tanah tumpah darah ku ini ...

Saturday, January 1, 2011

Kisah di tahun baru...


Usai solat subuh pagi tadi, aku seperti biasa menuju ke medan selera Batu Gajah untuk bersarapan pagi ... seperti biasa port ku adalah kedai Abang Nasir ... setibanya di sana ku lihat seorang pakcik berada dalam keadaan gelisah, beberapa kali melihat jam tangannya ... reaksi pakcik itu turut menarik perhatian Abang Nasir ... Abang Nasir lalu duduk di sebelahku yang sedang menikmati nasi goreng ... menurut Abang Nasir pakcik tu gelisah menunggu isterinya yang tidak pulang dari pasar basah di seberang jalan ... yang mengejutkan ku cerita Abang Nasir ... "Cikgu jangan tak tau, orang tu tak pernah menjejakkan kaki ke pasar mahupun memasak atau menyediakan air sepanjang hidupnya." ... " Mana abang tahu? ... soal ku ...dengan selamba Abang Nasir berkata ... " Isteri-isteri dia yang bagitau kat abang dan kakak (isteri abg Nasir)" ...

Lalu berceritalah lagi abg nasir dengan panjang lebar tentang perangai pakcik itu terhadap Allahyarhamah isteri pertama dan isteri kedua, tentang sikapnya yang tidak mahu langsung melakukan kerja rumah seperti menyapu, memasak etc ... peringkat awal sukar untuk ku mempercayainya ... sehinggalah akhirnya ku melihat pengakhiran drama tersebut ... ketibaan isterinya yang sarat membawa bakul dari pasar seberang jalan disambut dengan teguran si suami ... "Apesal yang lambat sangat, beli sayur ke tanam sayur, tak boleh harap..." ... si isteri tidak berkata apa-apa ... terus ke pintu hadapan...lalu membuka bonet dan meletakkan bakulnya ... dari kejauhan ku sempat melihat wajah kesayuan yang terpancar diwajahnya ketika sempat menoleh ke arah ku ... sebelum kereta proton wira biru itu berlalu pergi ... apalah dosa si isteri sampai diperlakukan oleh pakcik berketayap putih tersebut ... jauh di sudut hati ku amat mensyukuri dianugerahkan kedua ibu bapa yang amat menyayangi antara satu sama lain serta mengasihi anak-anak mereka ... lamunan ku terhenti apabila Abang Nasir berkata dari dapurnya ... " Betulkan kata-kata saya tadi, cikgu" ... itulah cerita dan pengalaman ku seawal pagi di tahun baru...