Sunday, January 16, 2011

Mujur ... masih ade yang menghargai ...


Alhamdulillah, petang tadi bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh, 4 orang sahabat ku dari Sekolah Bintang telah membelanja ku menikmati hi tea sambil bertukar-tukar cerita tak terkecuali mengimbau kenangan kami yang lalu. Rasa terharu dengan jemputan tersebut kerana ade lagi yang tahu menghargai erti persahabatan kami yang terjalin erat selama ini ... tempoh hampir 11 tahun ku berkelana di Sekolah Bintang tu mungkin bagi "sesetengah" pihak merupakan detik yang singkat, ... mujurlah masih ade yang ingat ... rancak berbual sedar tak sedar jam telah melewati hampir 5 petang ... teringat kata2 ku tahun lepas ... "Tahun depan kita buat reunion kat tempat ni la, amacam (merujuk kepada chalet sewaktu kami melawat Kelantan) ... Tup ! Tup! rupa2nye aku yang meninggalkan bumi sekolah Bintang tu ... usai pertemuan kami bergambar kenang-kenangan lalu aku telah disend off oleh sahabat-sahabat ku hingga ke pintu lobby hotel ... rase "sebak" gak time tu ... walaupun pemergianku serta 5 orang cikgu lain ke sekolah baru masing2 tanpa majlis perpisahan di sekolah ... namun bagi ku, sahabat-sahabat yang tahu mengenang serta menghargai erti persahabatan kami jauh lebih bermakna dari segala-galanya ... sekalung penghargaan dan terima kasih buat sahabat ku yang mengadakan majlis tersebut iaitu seorang cikgu sejarah, seorang cikgu mod math, seorang cikgu bhs jepun dan seorang cikgu add math ... TERIMA KASIH CIKGU ...

4 comments:

  1. cikgu izaheri... sedih saya baca post ni... :(

    cikgu, terima kasih atas tunjuk ajar selama ni :)

    semoga Allah membalas jasa baik cikgu.

    saya doakan agar cikgu selamat dunia & akhirat. insyaAllah.

    semoga ketemu lagi,
    Muhamad Muzhafar Hamzah.

    ReplyDelete
  2. Thanx Muz kerana memahami ... Insya Allah, kita bertemu suatu hari nanti ... yang penting perjuangan harus kita teruskan ... semoga Allah merahmati penghidupan kita semua di dunia n di akhirat ...

    ReplyDelete
  3. apa khabarlah cikgu2 sekolah lama aku...?kini hanya berhubung melalui fb...

    ReplyDelete
  4. wei jenan jumpa star nanti!!!

    ReplyDelete