Saturday, July 2, 2011

Aku dan Ketua Panitia


Pada Khamis lalu dalam mesyuarat kurikulum SESTA kali ketiga, aku secara rasminya telah melatakkan jawatan sebagai Ketua Panitia Sejarah kepada guru baru selaras dengan jawatan yang ku sandang kini iaitu sebagai Guru Kanan Kemanusiaan. Hampir 12 tahun aku memegang post ini, sejak hari ketiga aku melaporkan diri ke STAR,Ipoh sehinggalah pada hari Khamis yang lalu. Pada firasat ku setakat ini aku lah memegang rekod ketua panitia sejarah paling lama di STAR iaitu dari tahun 2000 hingga 2010. Banyak ilmu pentadbiran mahupun pengurusan dokumentasi yang ku alami sepanjang tempoh masa tersebut. Alhamdulillah, berkat usahasama yang erat di kalangan ahli panitia membawa subjek sejarah sentiasa cemerlang saban tahun sama ada dalam PMR mahupun SPM. Team pertama aku terdiri daripada Cikgu Azlan, Cikgu Jeffridin, Cikgu Mohd Jais. Team keduaku pula terdiri daripada Cikgu Shahnun, cikgu Sharifah, Cikgu Maimunah serta Cikgu Asyrafi. Pengalaman yang menyeksakan apabila terpaksa mengajar di dua tingkatan peperiksaan iaitu peringkat PMR dan SPM, namun Alhamdulillah alah bisa tegal biasa. Kenangan yang tak dapat dilupakan apabila PMR diumumkan bagi calon 2001, buat pertama kalinya dalam sejarah STAR, subjek Sejarah mencatatkan 100% A dalam PMR. Kejayaan ini diulangi pada tahun 2003. Peringkat SPM mula menyaksikan pasukan regu ku semakin menjadi-jadi, syukur Alhamdulillah. Sebagai pasukan beregu, aku pernah digandingkan dengan Cikgu Azlan, Cikgu Maimunah dan Cikgu Shahnun. Kemuncak kejayaan kami dalam SPM adalah pada tahun lepas, iaitu gandingan aku dengan sahabat ku iaitu Cikgu Shahnun hampir mencatat 100% gred A dengan hanya seorang pelajar mendapat B. Alhamdulillah, aku meninggalkan bumi STAR dengan membawa kenangan manis, melihat kejayaan saban tahun pelajar atau anak didik dalam peperiksaan PMR mahupun SPM. Bukan sedikit keringat yang diperah malah bukan sedikit air mata kami tumpah dalam melihat kejayaan anak didik-didik kami, bukan penghargaan yang kami pinta, cukuplah ingatan ikhlas di hati kami agar mereka mengenal di mana mereka bermula. Selamat tinggal kenangan ... terima kasih untuk segalanya ... KETUA PANITIA...