Sunday, December 30, 2012

1981 - 2012 : SATU PERJALANAN JAUH

1981  -  1986  ( ZAMAN SEKOLAH RENDAH )
1987  -  1991    (ZAMAN SEKOLAH MENENGAH )

1994 - 1998 / 1999  -  2000   ( ZAMAN PENGAJIAN TINGGI )

2000  -  2010  (  PENDIDIK )

2011  -  KINI   (PENDIDIK)

Saturday, December 29, 2012

BAHTERA MERDEKA 2012

Upacara Perasmian : Pelepasan burung merpati

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012
 
Alhamdulillah sepanjang bulan kemerdekaan 2012, Jabatan Kemanusiaan SESTA telah menganjurkan pelbagai program bagi menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam usaha kita mengisi kemerdekaan. Program dimulakan dengan pelancaran program kibaran Jalur Gemilang, diikuti tiga acara kemuncak iaitu pelancaran bulan kemerdekaan, Malam Ambang Merdeka dan diakhiri Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Upacara simbolik pelepasan burung merpati merupakan acara kemuncak pada majlis perasmian. Countdown Merdeka pula merupakan acara kemuncak pada malam ambang merdeka. Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang sambutan bulan merdeka, antaranya melukis poster kemerdekaan, menghiasi kelas, melengkapkan slogan, amazing race merdeka, tayangan filem patriotik dan pertandingan kuiz kemerdekaan antara rumah. Kibaran megah bendera Jalur Gemilang di hadapan pintu masuk sekolah serta kawasan persekitaran sekolah jelas menunjukkan semangat patriotisme yang amat tinggi di kalangan warga SESTA ... semoga semangat merdeka ini terus menyala dalam hati anak-anak didik ku selaras dengan kata-kata keramat  " Di atas robohan Kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka " ...

Friday, December 28, 2012

MASKOT : MEMERIAHKAN SUKAN TAHUNAN SESTA 2012

Aksi Spontan Maskot

Kehadiran maskot pada Kejohanan Sukan Tahunan SESTA 2012 telah memeriahkan lagi temasya sukan tahunan tersebut. Yang paling menonjol sudah pasti kehadiran pak belang telah menarik minat anak-anak kecil, ibu bapa, para pelajar termasuk guru-guru untuk bergambar kenangan. Maskot Harimau Malaya mewakili rumah PRESTO,  buaya tiga beranak mewakili rumah CRESENDO, angry bird mewakili rumah SPIRITO dan ikan jerung mewakili rumah ALLEGRO. Aksi spontan olah maskot-maskot tersebut semasa upacara perbarisan masuk kontinjen-kontijen rumah telah menggamatkan lagi suasana. Gambar di atas jelas menunjukkan aksi selamba mereka berposing di depan kamera....Kesian si anak buaya apabila bapa buaya menjalinkan hubungan dengan si jaws, manakala ibu buaya mempunyai skandal dengan Pak Belang ....tinggallah anak buaya bersendirian keseorangan ...he he he ... Tahniah kepada rumah Spirito kerana menjadi johan keseluruhan, buat rumah ku Cresendo jangan berputus asa, pastikan piala berprestij itu berada dalam genggaman pada tahun hadapan ...GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG...

13 MUSIM BERLALU : BERKHIDMAT DI BAWAH 8 PENGETUA


Inilah Gua Pertapaan saya : Bilik GKMP Kemanusiaan SESTA

Diam tak diam sudah masuk 13 tahun aku berkhidmat sebagai pendidik. Alhamdulillah, masih berupaya meneruskan aspirasi kerajaan dalam usaha melahirkan modal insan serta bakal pemimpin negara. Menghitung hari menjelang tahun 2013, cuba mengimbau kenangan-kenangan lalu. Sepanjang 13 tahun ni, aku berkesempatan berkhidmat di bawah 8 orang pengetua, iaitu 7 orang di STAR dan seorang di SESTA. Pelbagai pengalaman pahit manis, suka duka telah aku tempuhi sepanjang bernaung di bawah pentadbiran mereka ...pengalaman tak manis saya letak jauh-jauuuuuuuuhhhhh di sudut hati saya,  pengalaman yang baik saya jadikan pedoman dalam meniti dan meneruskan perjuangan yang mulia....setiap pengetua yang saya pernah berkhidmat mempunyai stail pentadbiran yang tersendiri....berikut merupakan pengetua-pengetua yang pernah  menjadi ketua Jabatan kepada saya dari tahun 2000 sehingga 2012 ....TERIMA KASIH CIKGU..


SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH (STAR) : 2000  -  2010

  • TUAN HAJI NGAZIZAN BIN DIN

  • TUAN HAJI ARIFFIN BIN ABDUL RAHMAN

  • TUAN HAJI MOHD RADZI BIN ABDUL JABAR

  • TUAN HAJI MOHD SHUKOR BIN SHARIFF

  • TUAN HAJI JAMALUDDIN BIN YUSOFF

  • ENCIK MOHD GUFFRI BIN ALPIAH

  • TUAN HAJI ABDUL HASHIM BIN ABDUL KARIM

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH, TAPAH (SESTA) : 2011  -  2012

  • ENCIK HADI BIN MAT DAIN

MAJLIS FAREWELL GRAND DINER FIVERS 2012 : ALLSENSPIRES ... " JOURNEY BEGINS ...MEMORIES REMAIN "

 
 Guru2 dan Pelajar2  Terakhir Meninggalkan Dewan Merdeka Malam Tersebut
 
Pada 9 Novemder 2012, bertempat di Dewan Merdeka, Tapah telah diadakan Majlis Farewell Grand Dinner Fivers 2012. Majlis makan malam ini bakal mencatatkan sejarah, kerana kumpulan pelajar ini merupakan batch pertama SESTA yang mengambil peperiksaan SPM. Acara dimulakan dengan guru-guru menandatangani inskripsi unik diikuti memasuki ruang ball-room ala-ala karpet merah gitu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan oleh saudara Faizain (Ketua Umum SESTA), aku (Penyelaras Tingkatan 5) ...sampai pukul 4.25 pagi aku siapkan teks ucapan ni, semoga memberi inspirasi kepada mereka...diikuti oleh ucapan Encik Zulkarnain (penolong kanan). Majlis Makan Malam telah diselang-selikan dengan acara persembahan daripada fivers...banyak segmen...macam artis-artis antarabangsa, lagu Indon, lagu China, tarian, unplugged, band ....yang paling menarik...adalah dari Indon...dengan lagu ..." singkong dan keju"....acara cabutan bertuah juga telah diadakan, semua pentadbir diberi peluang untuk membuat cabutan bertuah ... AKU ...seperti biasa, sama macam kat Star, nasib tak menyebelahi pada malam tu...takde rezeki la tu ...makanan pada malam itu juga enak-enak belaka..Acara kemuncak adalah pengumuman pemenang Prom Night pada malam itu ...setelah keputusan diumumkan...Cikgu Izamuddin dan Cikgu Nadira diumumkan sebagai pemenang...Majlis diakhiri dengan tayangan multimedia yang bertajuk "Warkah Terakhir" ...mengimbau kenangan bersama mereka selama 2 tahun, terasa begitu pantas masa berlalu...usai majlis bersalaman antara pelajar dan guru-guru buat kali terakhir....sessi bergambar para pelajar dengan guru mereka...untuk kenangan dan tatapan mereka suatu hari kelak....Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan malam bersejarah tersebut .... "Journey Begins ...Memories Remain"

TRAGEDI DI PENGHUJUNG 2012 ....

Hari Ini Dalam Sejarah (27 Disember 2012) : Menjadi mangsa keadaan ... bahagian belakang kereta ku rosak teruk akibat seorang pekerja kontraktor Indonesia yang tidak mempunyai lesen memandu lori dan kali pertama memandu lori  telah menghentam belakang keretaku semasa mengundurkan lori....Natijahnya....kereta aku tersadai di bengkel dan hanya akan siap pada hari Ahad nanti...Bayangkanlah...kereta aku terletak dalam kawasan parking berbumbung dekat kuarters guru SESTA...nasib baik kereta Cikgu Mazlina tiada di situ, kalau tidak kereta diapun terlibat sama....kalau dekat tepi jalan tu lain la ... ini dekat tempat parking berbumbung...Susah sikitla nak bergerak dalam 2,3 hari ni....Alhamdulillah, ade cikgu Rahimi. boleh jugak tumpang naik motor dia nak pegi makan...Biarlah kereta saya menjadi mangsa pertama dan terakhir di SESTA...mohon mereka lebih berhati-hati lain kali, agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi...Moral of the Story...kalau nak belajar memandu masuklah sekolah memandu...SESTA tempat menuntut ilmu....bukannya tempat belajar memandu ...

Thursday, December 27, 2012

WARISI DARAH PENDIDIK : MAJALAH FOKUS SPM NOV 2012

Majalah Fokus SPM November 2012

Atas memenuhi permintaan sahabat ku yang tidak berkesempatan memiliki majalah Fokus SPM bulan November 2012 keluaran Karangkraf, di bawah ini merupakan kisah tentang ku dalam ruangan DIARI CIKGU ....

IZAHERI WARISI DARAH PENDIDIK

     Masih kamu ingat dengan bait-bait puisi Usman Awang yang bertajuk "Guru oh Guru"? Rangkap terakhirnya berbunyi "jika hari ini, siapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca." Mulia sungguh seorang pendidik.

      Namun, ada segelintir masyarakat beranggapan mudahnya kerjaya guru hingga tidak setaraf dengan gaji yang diperoleh. Mungkin ada yang kurang sedar bahawa seorang guru yang amat menyanjung amanah di bahu sebenarnya sedang berjuang dengan tugasan yang berat. Guru di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak yang pernah diberi gelaran pakar sejarah ini ada hujahnya.

BERKAT GELARAN ANAK CIKGU

       Izaheri Mohamad Mokhtar, 38, tidak pernah menganggap bahawa kerjaya guru ialah kerjaya pilihan kedua, ketiga dan terakhir. Baginya, darah pendidik yang mengalir dalam tubuh bagaikan sudah menjadi penentu iaitu takdir yang telah tertulis hari ini. 12 tahun menjadi seorang guru, api semangat untuk mendidik anak bangsa masih terus hangat membara.

       "Saya berbangga kerana dibesarkan oleh ayah dan ibu saya yang merupakan pendidik. Secara tidak langsung saya berbangga bergelar "anak cikgu" dan telah didedahkan dengan kehidupan guru sedari kecil lagi. Semasa di sekolah menengah juga, rakan sering menjadikan saya rujukan khususnya dalam subjek sejarah, sehingga di kalangan mereka menggelarkan saya sebagai "pakar sejarah".

      "Alhamdulillah berkat dorongan dan bimbingan kedua ibu bapa tercinta, saya telah menyambung legasi perjuangan mereka sejak tahun 2000. Walaupun tidak dinafikan ada antara individu yang bergelar pendidik mengatakan kerjaya ini adalah pilihan selepas sukar mendapat kerja lain, seharusnya kita yang telah menjadi guru terus mengorak langkah ke arah memartabatkan profesion ini di mata masyarakat," ujar Izaheri.

GURU PERLU KREATIF & INOVATIF

       Menurut bekas Ketua Panitia Sejarah yang kini menjawat Guru Kanan Kemanusiaan ini, keikhlasan merupakan kunci utama untuk mendidik. Seorang guru yang ikhlas dalam mendidik akan memastikan setiap anak didiknya berjaya dan memahami pengajarannya secara tak langsung akan menerbitkan "aura" yang boleh dihayati dan dirasai oleh semua pelajarnya.

       "Setiap sekolah mempunyai tradisi dan budaya pembelajaran tersendiri. Seorang guru yang bermotivasi akan sentiasa meneroka kaedah terbaik dalam pembelajaran sekiranya melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak didiknya. Kebolehan menerapkan unsur-unsur humor semasa proses P&P merupakan bonus bagi guru sejarah.

       "Proses P&P juga harus berpusatkan pelajar. Kemahiran memvisualisasi juga mesti diterapkan di kalangan pelajar. Para pelajar harus diberi ruang dan peluang untuk menerangkan peristiwa sejarah. Tanggapan yang mengatakan subjek sejarah agak membosankan tidak sepatutnya timbul. Guru seharusnya bersifat terbuka kreatif dan inovatif," jelasnya.

       Tambah beliau lagi, "kaedah team teaching" juga amat penting. Pengetahuan guru sejarah juga perlu menjangkau lebih daripada apa yang terkandung dalam buku teks sekolah semata-mata. Mereka harus berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi,  berkeyakinan tinggi serta bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu. Guru sejarah harus bersifat aktif dan proaktif dan sentiasa memikirkan strategi pengajaran paling berkesan.

TIP PINTAR SEJARAH

      Siapa kata subjek sejarah itu membosankan? Jika guru tahu menyemarakkan minat pelajar terhadap ilmu ini, sudah pasti ia menjadi kisah-kisah yang tidak sabar untu dihayati setiap masa. Sebagai seorang yang amat meminati subjek Sejarah, Izaheri ada caranya. "Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi." Subjek sejarah bukan sekadar untuk dipelajari, diingati dan difahami, malah apa yang lebih penting dihayati. Membaca buku sejarah adalah berbeza dengan membaca komik, novel mahupun majalah. Elakkan amalan "spoon feeding" dan bergantung harap sepenuhnya kepada guru.

     "Para pelajar boleh meneroka pelbagai kaedah pembelajaran seperti belajar secara berkumpulan, guru muda serta menggunakan teknik memori seperti akronim, akrostik, audionim serta cerita kreatif. Pelajar juga harus menguasai teknik mengambil nota yang berkesan seperti peta konsep atau peta minda."

     "Teknik membaca juga harus dikuasai dengan baik kerana membaca sebagai hiburan adalah amat berbeza dengan membaca mendapatkan maklumat atau secara kritikal. Pelajar yang ingin cemerlang seharusnya mendampingi guru supaya pembelajaran lebih berkat dan bermakna, sering bertanya guru di luar dan di dalam kelas juga merupakan antara rahsia pelajar cemerlang, "

PELAJAR NAKAL PERLU DINASIHATI

      Cabaran bagi seorang pendidik ialah dalam memastikan para pelajar memahami apa yang dipelajari. Bukan itu sahaja, guru perlu berdepan dengan tingkah laku para pelajar yang pelbagai. Ada kala boleh "pecah kepala" dibuatnya. Mengulas mengenai perkara ini, Izaheri yang berpengalaman sebagai warden di asrama sekolah berkata "Untuk berhadapan dengan masalah kenakalan pelajar amat memerlukan kebijaksanaan. Saya memupuk hubungan interpersonal yang positif antara guru dan murid. Guru harus berempati dengan murid iaitu sedar dan memahami perasaan murid tanpa dibayangi sifat prejudis.

      "Selain itu, pamerkan teladan baik supaya dicontohi pelajar. Bersikap mesra tidak menjadi masalah asalkan tidak sehingga membiarkan pelajar hilang rasa hormat kepada kita. Ketegasan pula perlu bagi mempastikan segala peraturan dipatuhi. Bagaimanapun guru harus bersikap tabah dan sabar dalam berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar."

      "Teruslah menasihati pelajar agar mereka menyedari dan mengakui akan kesilapan mereka, sanggup menerima kritikan dan teguran dan secara tidak langsung akan menimbulkan keinsafan dalam diri mereka."

SUMBER :  Majalah Fokus November 2012

Wednesday, December 26, 2012

13 MUSIM BERLALU .... 2 KISAH MENYAYAT HATI KU


 
2012 bakal melabuhkan tirainya, bermakna sudah 13 tahun aku bergelar pendidik. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ku mendidik anak bangsa di STAR dan SESTA, banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka telah ku tempuhi....bukan sedikit juga air mata ku tumpah dalam menempuh hari-hari yang mendatang....ini juga bermakna telah 13 batch F5 telah aku lepaskan....sudah tentu kenangan di STAR mendominasi ruang kenangan ku kerana hampir 11 tahun berada di sana, berbanding memasuki tahun ketiga di SESTA.

Namun, dalam banyak-banyak kenangan terdapat dua kenangan pahit yang tidak dapat aku lupakan.  Berikut merupakan  petikan daripada biografi ku yang bertajuk  "Dari STAR ke SESTA" edisi terhad.

KISAH SATU

Gelaran  "Bangsat! Perosak Anak Bangsa"

Pada 9 Mac  tahun 2002, dalam pertandingan bola sepak persahabatan antara STAR dan SIS (Sekolah Izuddin Shah), SIS telah berjaya mengalahkan STAR dengan jaringan 1-0. Dua orang  pelajar Tingkatan 5 telah memaki hamun  kepada pemain Izuddin. Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan Cikgu Zaidi dan beliau telah menegur pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat ku. Tidak habis di situ, pelajar tersebut bersama rakan-rakannya telah mengepung motor Cikgu Zaidi, lalu menendang tayar motornya (anak Cikgu Zaidi ada dalam raga motor tersebut) sambil menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap sahabat ku.

Malam tu, warden telah mengadakan operasi dan mencari kumpulan pelajar tersebut. Saya dan Ustaz Ariffine ditugaskan untuk mencari mereka di blok Tingkatan 5. Aku berhadapan dengan pelajar tersebut, kebiadapan yang ditunjukkan beliau semasa menjawab soalan ku, telah menimbulkan kemarahan ku. Ustaz Ariffine menenangkan ku dan kami beredar dari situ.

Keesokan petangnya (10 Mac 2012)  selepas solat Asar, seorang pelajar T3 memanggil ku di bilik (aku tinggal di bilik warden Blue House) menyatakan waris ingin bertemu dengan ku. Akupun turun ke bawah dan berjumpa dengan bapa, ibu, nenek dan seorang berbadan besar di bawah pokok dekat blok Matrik.Ibu dan bapanya tidak berpuas hati....memaki hamun ku dengan kata-kata kesat.......antara ayatnya  " Cikgu Bangsat!"  dan  "Cikgu macam ni lah perosak anak bangsa!"

Pemuda berbadan besar tu menggugut ku ..."Kau jangan main-main dengan orang Selayang, Turun KL siap kau!...Aku pun membalas .."Ini tempat aku, kau jangan main-main." ...komunikasi berakhir di situ apabila akhirnya mereka beredar.

Pada minggu berikutnya, seorang pegawai nazir telah datang cari aku kat sekolah. Kebetulan pada malam tu aku duty (warden bertugas). Beliau bertanya aku pasal kes tersebut. Dia menggugut kata kesalahan aku serius dan beritahu yang aku belum konfirm (sah dalam jawatan) lagi dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. Yang paling aku sedih, apabila dia cakap sijil berhenti sekolah aku yang tercatat "terpuji" pada ruangan siasah sebenarnya boleh diubah. Pengetua STAR telah datang menemui pegawai tersebut di anjung tamu.

Keesokan harinya, aku dipanggil dalam bilik Pengetua dan menceritakan apa yang telah berlaku. Namun pegawai tersebut menafikan tindakannya dan ugutannya kepada ku. Alhamdulillah, hasil bantuan YDP PIBG STAR  dalam menangani kes ini termasuk menemui pegawai nazir dalam mempertahankan tindakan ku.

Akhirnya kebenaran telah muncul apabila mendapati bapa mangsa (old boys ) telah meminta kawannya ( juga old boys ) membantu, yang juga merupakan jiran kepada pegawai tersebut.


KISAH KEDUA

Kereta "Gores dan Menang" serta road tax ....apakah dosa mereka!

Pada bulan April 2002, kereta ku jenis Datsun 120Y (AAK 6175) berwarna merah telah digores oleh pelajar menggunakan "paku"  punya la teruk dari depan sampai belakang. Para pelajar dan guru-guru telah menggelarkan kereta ku ..."Gores dan Menang". Apalah dosa kereta yang telah banyak berjasa kepada budak STAR, aku hantar mereka ke hospital mahupun ade yang sampai ke Medan kidd....sehingga menyebabkan mengalir air mata ibu ku melihat keadaan kereta tersebut setelah ku tunjukkan kepada ibu ku ....kasih ibu sampai ke syurga.

Pada bulan Julai 2002, road tax kereta ku telah pelajar ambil, mereka telah umpil tingkap dan mengambil road tax tersebut...pada masa itu memang aku parking kereta aku dekat bawah pokok tepi blok matrik. Kejadian berlaku sebanyak 2 kali....so aku terpaksa membuat aduan kepada JPJ sebanyak 2 kali (kena denda, setiap kali hilang, didenda RM50)....Akhirnya JPJ cadangkan dekat aku supaya roadtax itu dilaminate dan tidak ditampal pada cermin kereta, bimbang kena curi lagi. Jadi aku ikutlah cadangan JPJ tersebut.

Itulah catatan diari perjalanan hidup ku sepanjang bergelar pendidik....Maka terjawab persoalan mengapa  batch STAR F5 2002 tidak mendapat tempat di hati guru-guru STAR.... Satu je pesanan cikgu ....Ingatlah doa orang yang teraniaya merupakan antara doa yang dimakbulkan..... Biarlah cikgu menjadi orang dan cikgu  yang pertama dan terakhir di STAR yang mendapat gelaran "Bangsat!" atau "Perosak Anak bangsa" .... kerana kalau betullah cikgu ni bangsat....takkanlah anak-anak murid cikgu di STAR berjaya dalam meniti kejayaan....buat anak-anak murid cikgu selamat maju jaya di mana jua kalian berada ...Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat....Yang baik itu dari Allah, pasti ada kelemahan dan kesalahan dari diri cikgu sendiri ....Selamat beramal...

Aku dan Budak 4P 2010

Bergambar di hari terakhir sessi persekolahan 2010


Bersama Ishak Izhar

Satu lagi kenangan indah di tahun terakhir di STAR, adalah pengalaman yang aku lalui semasa mengajar kelas 4P. Ada sesuatu yang unik pada pelajar kelas ini yang tak ada pada kelas lain. Sessi proses P&P diselang seli dengan gelak ketawa....secara jujurnya aku memang rapat dengan kumpulan pelajar ini. Antara yang paling aktif off course pelajar terbaik ku Ishak Izhar, Khairul Aiman dan Hafiz Rahman....ade jugak yang kena denda salin satu bab, sessi perbincangan soal Freemason, Ilimunati, Teori Konspirasi, Arkeologi dan pelbagai topik. Tayangan video, sesi perbincangan filem2 sejarah ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri ku dan mereka khasnya......terima kasih bebudak 4P 2010....:)

HASIL TUAIAN SULUNG SESTA : PMR 12


Tanggal 19hb Disember 2012 merupakan sejarah penting bagi sekolah aku (SESTA) kerana keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Alhamdulillah, seramai 104 daripada 145 calon PMR telah mendapat 8A. Keputusan itu telah menempatkan SESTA berada di tempat keempat dalam negeri Perak.  Tempat Pertama milik MCKK, kedua SERATAS, ketiga STAR dan keempat SESTA. SESTA juga berada pada kedudukan 15 dalam ranking keseluruhan SBP. Tahniah diucapkan kepada semua warga SESTA, khusus kepada guru-guru Tingkatan 3 dan calon PMR 2012, semoga memperoleh kejayaan yang lebih gemilang pada SPM 2014 nanti. Berikut merupakan peratusan A bagi setiap subjek.

  1. Kemahiran Hidup  (100%A   /  145)
  2. Sains                      (99.3% A  /  144)
  3. Bahasa Melayu      (99.3%A  /  144)
  4. Matematik             (98.6%A  /  143)
  5. Sejarah                  (93.8%A  /  136)
  6. Geografi                (88.3%A  /  128)
  7. Pendidikan Islam  (87.6%A  /  127)
  8. Bahasa Inggeris    (86.9%A  /  126)

ZAMAN RETRO, SIRI TV .... Sepanjang Jalan Kenangan



"Kebusanan" melanda, mengselusuri dari satu channel ke satu channel Astro, tiada satupun yang merangsangkan aku untuk melekap di depan tv. Terkadang terfikir rugi lak, bayar mahal2 tiap2 bulan, tapi siarannya asyik diulang-ulang, sehingga kadang2 perkataan livepun tak dibuang, padahal itu siaran ulangan.

Terkenang zaman kanak-kanak dahulu, begitu banyak cerita yang menarik, walaupun pada masa itu cuma ade dua channel aje iaitu TV1 dan TV2. Di bawah ini aku imbas kembali beberapa favourite rancangan tv yang masih ingat. Sesiapa yang pernah melihat secara live siri2 tu dulu, maknanya boleh dikategorikan old school macam aku. Namun, selepas dapat masuk JENAN, siri-siri tu terpaksa aku tinggalkan, maklumlah dah masuk SBP mana boleh nengok tv.....berikut antara siri tv yang masih aku ingat .....layan ....he he he
  1. Buck Rogers
  2. Eight is Enough
  3. Mind Your Language
  4. BJ and the bear
  5. Sheriff Lobo
  6. Wild Wild West
  7. The Greatest American Hero
  8. The A Team
  9. Remington Steel
  10. Combat
  11. The Saint / The Baron
  12. Spencer For Hire
  13. Dynasty
  14. Dallas
  15. Little House on the Prairie
  16. Kunta Kinte
  17. Knight Rider
  18. Macgyver
  19. Family Ties
  20. Baba Black Sheep
  21. Oshin
  22. Samurai
  23. Opah
  24. PJ
  25. Drama Minggu Ini
  26. Tok Perak
  27. Anjang Aki.

BERMULANYA DI SINI ....











Di sinilah bermula segalanya .... tempoh 3 bulan yang aku lalui semasa menjalani  latihan praktikum (praktikal)  di Sekolah Izuddin Shah (SIS), walaupun singkat, namun sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara dan tingkah laku untuk menjadi seorang pendidik yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Aku telah diamanahkan untuk mengajar subjek sejarah bagi kelas Tingkatan 4PI 1 dan 4PI 2, serta subjek Geografi bagi kelas Tingkatan 1S dan 1R. Zaman praktikum merupakan pengalaman yang amat berharga bagi setiap insan bergelar pendidik. Segala pengalaman pahit, manis, suka duka sememangnya harus ditempuhi bagi melahirkan pendidik yang berkaliber dan berjiwa besar. Terlalu banyak pengalaman yang dapat diperolehi di sini, membantu pasukan nasyid, pasukan sepak takraw, rombongan ke Melaka semuanya telah mematangkan dan mendewasakan saya. Alhamdulillah, berkat kesungguhan, doa ibu bapa, sokongan rakan serta yang paling penting ketekunan anak-anak murid ku itu, aku telah memperolehi "perfect score" bagi praktikum apabila keputusan akhir semester diumumkan ... Terima kasih SIS, jasa dan kenangan bersama kalian pasti tak bisa ku lupakan...kemudian aku menerima surat penempatan aku yang menyatakan anda diminta melaporkan diri ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR), yang terletak bersebelahan dengan SIS ...menarik bukan ...apapun bersyukur atas kehendak dan ketentuan  Illahi....

5 TAHUN MEREKA BERGURU DENGAN KU ....


Gambar menunjukkan 8 orang pelajar  (T5 batch 2004 ) yang berkesempatan berguru dengan ku bagi subjek sejarah selama 5 tahun berturut-turut, dalam erti kata lain mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang belajar sejarah dengan ku sejak dari Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ... sekali lagi sejarah tercipta dalam bidang perguruan ku,  ... Alhamdulillah, apabila keputusan SPM 2004 diumumkan, kesemua mereka memperolehi keputusan yang amat cemerlang dalam subjek sejarah ... suatu legasi kejayaan.

SEJARAH TERCIPTA : 100% A SEJARAH PMR 01






Gambar di atas merupakan gambar bagi kelas 3A dan 3R yang aku ajar disamping cikgu Azlan bagi dua kelas yang lain  pada tahun 2001. Alhamdulillah, batch ini merupakan batch yang pertama mendapat 100% A bagi subjek sejarah dalam PMR 2001. Buat pertama kalinya juga  dalam sejarah penubuhan STAR, subjek sejarah mencatatkan 100% A...Maka sejarah telah tercipta dan dicatat dengan tinta emas....Antara kenangan manis  dan kejayaan yang gemilang sepanjang berada di bumi STAR ...


Batch Terakhir F5 STAR yang aku lepaskan ....

Gambar Terakhir Bersama Batch F5 2010
Kelas 5P

Gambar menunjukkan aku yang "macho"  diberi amanah menjadi guru kelas bagi Tingkatan 5P dan gambar terakhir aku bersama batch F5 2010. Tak sangka tahun-tahun terakhir aku di STAR diberi amanah menjadi guru kelas 5P. Banyak kenangan aku dengan bebudak 5P ni .... melayan karenah mereka....pelbagai perangai dan "karekter" boleh dilihat hanya melalui gambar tersebut....he he he....kelas 5P ni ade persamaan ngan kelas 5R....kebetulan guru kelas 5R...sahabat aku, Cikgu Shahnun ...maka boleh bayangkanlah .... :) .... Semasa kami jadi warden menjaga batch ni sejak dari F1 lagi...maka memang kami dah masak dengan tingkah laku mereka ...kenangan semasa menjadi warden mereka merupakan antara kenangan yang menarik...waktu subuh,maghrib,prep malam, spot check, roll call, inspection, ops fly,kelas tambahan, pecutan akhir dan banyak lagi....pasti membuat aku tersenyum sendirian ....Alhamdulillah, apabila result  SPM 2010 diumumkan, subjek sejarah merupakan subjek terbaik berbanding 8 subjek yang lain ....Thanx for everything...:)

MISTERI BUKIT KACHI .....



Peristiwa yang ingin aku imbau kembali ini merupakan antara misteri yang takkan ku lupakan sepanjang berada di STAR. Saban tahun pelajar Tingkatan 5 STAR dan guru-guru STAR akan mengikuti program perkampungan ilmu bertempat di utara sama ada di Perlis Darussunah  ataupun Kedah Darulaman. Kami biasanya menginap di Kem Semarak, Mata Ayer, Perlis mahupun di UUM, Sintok,Kedah. Namun peristiwa yang berlaku semasa perkampungan ilmu di kompleks UUM, Bukit Kachi ini sukar untuk dilupakan. Mangsa dalam kejadian tersebut adalah sahabat ku sendiri Cikgu Shahnun. Semasa kami tiba di rumah tamu tersebut, aku dah mula rasakan sesuatu yang tidak kena. Untuk pengetahuan, guru-guru lelaki di tempatkan di banglo (Rumah Tamu)  dan sebuah banglo lagi khas buat guru-guru perempuan. Para pelajar STAR ditempatkan di kediaman asrama. Setibanya di banglo, Cikgu Zabidi memilih sebuah bilik di bawah, aku berkongsi bilik dengan Cikgu Shahnun dan Cikgu Megat, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Zulkifli Din dan Cikgu Mohamad Ibrahim dalam bilik utama serta Ustaz Rusdi di satu bilik yang lain. Kami menaiki tiga bas sekolah yang berasingan. Insiden bermula pada malam tersebut, sekembalinya dari jamuan, bas yang membawa guru wanita melihat kelibat cikgu Shahnun melambai di simpang memasuki kompleks tersebut, padahal beliau berada dalam bas di bahagian belakang. Keadaan cikgu Shahnun semasa dalam baspun agak pelik, senyap tidak bising seperti biasa.

Setibanya di hadapan rumah tamu, semua guru terdiam apabila melihat banglo kami terang benderang dengan lampu, kami pasti yang kami telah menutup lampu sebelum kami bertolak pergi tadi. Apabila aku membuka pendingin hawa dalam bilik kami, aku dan cikgu Megat berpandangan sesama sendiri apabila menyedari hembusan angin dari air cond tersebut berbau "kapur barus" ..... kami buat tidak tahu sahaja,namun bulu roma aku memang meremang sampai ke pangkal tengkuk,  pada masa itu cikgu Shahnun hanya duduk bersila di atas katil sambil menjeling tajam ke arah ku ... aku merasakan sesuatu yang tidak kena pada diri beliau ...lantas aku terus membacakan ayat-ayat suci Al Quran...dia masih merenung aku ....kemudian dia menangis, meronta dan membaling bantal ke arah ku ...melihat keadaan agak tidak terkawal ...aku memanggil ustaz rusdi dan cikgu-cikgu yang lain...bimbang keadaan Cikgu Shahnun yang masih lagi  tidak terkawal dan bertindak agresif....kami memohon bantuan daripada urusetia UUM, mereka telah memanggil seorang ustaz bagi memulihkan cikgu Shahnun ...Alhamdulillah, akhirnya cikgu Shahnun pulih ...menurut ustaz tersebut, makhluk halus tersebut datang dari kawasan bukit di belakang banglo yang kami tinggal tersebut ...urusetia juga memberitahu kawasan rumah tamu yang kami tinggal tu agak keras...dan ramai yang dah terkena sebelum ini...

Pada keesokan harinya, guru-guru perempuan juga diganggu oleh entiti tersebut, Cikgu Umaimah menyatakan barang kosmetik beliau berselerakan di atas meja seolah-olah ade individu yang mengalihkannya. Cikgu Zabidi juga memaklumkan semasa beliau tinggal di bilik bawah berseorangan, katilnya digoncang dan ternampak kelibat rambut panjang di penjuru katil ... Alhamdulillah, selepas kejadian tersebut kami tidak diganggu dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kami selamat tiba di STAR dengan selamat...Namun, misteri semasa berada di buki Kachi takkan dapat dilupakan sampai bila-bila ....

Lawatan Bersejarah Batch 47 Leonairats.....



Pada bulan Februari 2010, aku telah dikunjungi oleh bekas pelajar STAR, batch 47 di rumah ku di Batu Gajah. Rombongan ini telah diketuai oleh Abdul Hadi Muti. Mereka juga telah menziarahi rumah Pak Sidek, cikgu Shahnun, cikgu Zuraida, cikgu Kamarudin, ustaz Rusdi, ustaz ohtar dan cikgu Yoong. Inilah buat pertama kali dalam sejarah, rumah ku dikunjungi dengan bekas pelajar dalam kumpulan yang ramai. Semasa berada di rumah ku, seperti dijangka hilaian  gelak ketawa apabila kami mengimbau kisah2 lama sepanjang zaman persekolahan mereka. Banyak rahsia dan misteri yang tersingkap dan terungkap semasa lawatan muhibbah mereka tu.Antara yang menarik misteri peti sejuk LG ku pun dijadikan bahan untuk bercerita ....he he he... Terima kasih kepada starian 047, Inshaa Allah kalau diberi kesempatan kita bertemu satu hari nanti ....

Lagu Favourite Aku Sepanjang Zaman

MEMBURU RINDU

Ke manakah hatimu kala aku
Menanti kata cinta
Mengalir air mata
Kala sepi tiba.
Terasakah langkahku makin laju
Melangkah batas rindu
Dan akupun memburu
Mentari yang jauh.

Berikanlah masa untukku
Mendendangkan kasih dalam syahdu
Tiada terhenti pilu di dadaku
Terlepas bayangmu
Terasakah langkahku makin laju
Melangkah batas rindu
Dan akupun meburu
Mentari yang jauh

Kugenggam angin semalam
Kusimpan jadi nyanyian
Kupeluk bayang hitamku
Menjadi kamus mimpiku


Nyanyian : Hattan
Lagu        :  M.Nasir
Lirik        :  Bob


Lagu "Memburu Rindu" memang lagu kegemaran aku sejak dari Jenan sampai sekarang. Kalau dalam kesedihan memang aku layan lagu ini ....terlalu banyak kenangan dengan lagu ini dalam hidup ku.....

Tuesday, December 25, 2012

CABARAN TAHAN 1995 : INDAH CIPTAAN TUHAN



Hari ini aku telah terjumpa sesuatu yang menarik, aku telah mencari catatan ini sejak sekian lama, akhirnya bertemu jua pada hari ini. Ianya merupakan catatan perjalanan sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Tahan pada tahun 1995. Inilah catatan tersebut ( sekadar catatan perjalanan dalam melihat keagungan dan keindahan ciptaan Illahi.

Ekspedisi Gunung Tahan ( 16 hingga 23 April 1995)

Program : Projek Rakan Muda UKM / Rakan Rekreasi UKM

Anjuran : Kamsis Tun Hussein Onn / Pusat Pembangunan Insan Cemerlang (PPIC)

Peserta : 40 orang

Catatan Perjalanan

16 April 1995

12.30pm    -  Bertolak dari UKM.
2.00pm      -  Tiba di Kompleks Plaza MPK (Klang)
4.00pm      -  Majlis Perasmian.
5.00pm      -  Aktiviti meronda bandar Klang
9.00pm      -  Bertolak dari Klang.

17 April 1995

6.30am     -  Tiba di Merapoh,Pahang

10.30am   -  Tiba di Pejabat Perhilitan, Sungai Relau

3.30pm     -  Memulakan perjalanan ke Kuala Juram.
                 -  Berjalan kaki sejauh 13km.
                 -  Mendaki 23 puncak bukit.
                 -  Melalui 4 batang sungai (Sg Relau, Sg Kelam, Sg Cheruai, Anak Sungai Cheruai)
                 -  Melintasi 17 anak sungai
                 -  Perjalanan mengambil masa 3 jam.

6.30pm     -  Tiba di Kuala Juram.

9.00pm     -  Sessi perkenalan.

11.30pm   -  Tidur / berehat / simpan tenaga untuk hari esok.


18 April 1995

8.00am    -  Memulakan perjalanan menuju ke Kem Kor.
                -  Perjalanan amat mencabar
                -  Lereng bukit sempit dan curam.
                -  Mendaki bukit menegak.

12.15pm  -  Berhenti makan / berehat di kawasan air terjun.

 2.00pm   -  Meneruskan perjalanan
                -  Mendaki dan menuruni bukit yang curam / keletihan sukar digambarkan.

 3.30pm   -  Tiba di Kem Kor (Kawasan Air Terjun)
                -  Aktiviti bebas.
                - Tengah malam, hujan lebat turun.
                -  Tidur macam atas tilam air (aliran air bawah khemah)
                -  Air sungai naik, nasib baik beg tak hanyut.

19 April 1995

8.00am    -  Memulakan perjalanan ke Permatang.
                -  Meredah sungai.
                -  Mendaki bukit curam.

8.45am    -  Tiba di Permatang
                -  Meneruskan perjalanan.
                -  Perjalanan mencabar dan meletihkan.
                -  Hanya mendaki sahaja.

12.20pm  -  Tiba di  Kubang.
                -  Berhenti rehat dan makan.

2.00pm    -  Meneruskan perjalanan ke Lumut.
                -  Perjalanan makin mencabar.
                -  Bukit semakin tinggi dan menegak.
                -  Tiba di Lata Luis (Air Terjun yang cantik)
                -  Menyeberangi sungai dengan meniti balak tumbang.
                -  Mendaki bukit curam dengan tali.
                -  Terus mendaki bukit tegak dan curam sahaja.
                -  Meredah kawasan berselut dan berlumpur.
                -  Kawasan diselubungi kabus (kian sejuk)
                -  Meredah kawasan pokok renek berduri (tangan habis luka/calar balar)

5.00pm    -  Tiba di Lumut.
                -  Seluruh pokok dipenuhi lumut.
                -  Kawasan yang amat indah.
                -  Kelihatan air terjun dari kejauhan.
                -  Ada khemah kehilangan makanan, dikhuatiri dilarikan tikus gunung yang besar.

20 April 1995

8.00am   -  Meneruskan perjalanan ke Bonsai.
               -  Jalan berselut, lumpur dan sempit.
               -  Meredah belukar berduri.
               -  Bukit agak rendah, namun agak sukar kerana licin dan berlumpur.

10.30am -  Tiba di Bonsai.
               -  Kawasan lapang.
               -  Pokok renek dan rendah (cantik,akar berlingkar)
               -  Meneruskan perjalanan pendakian bukit.
               -  Jalan berlumpur dan selut.
               -  Melalui kawasan berbukit batu.
               -  Jalan agak licin (berbau licin)
               -  Pemandangan bukit dan gunung sekitar amat menakjubkan. Subhanallah.
               -  Diselubungi kabus (mulut mula berasap)
               -  Singgah di Bukit Botak (air paling sejuk dan sedap pernah dirasai)
               -  Meneruskan perjalanan (mendaki empat puncak lagi)

2.30pm  -  Alhamdulillah, akhirnya tiba di puncak Gunung Tahan.
              -  Kawasan berbatu dan pokok renek.
              -  Diselubungi kabus.
              -  Sessi bergambar untuk kenang-kenangan.

6.45pm  -  Indah Ciptaan Tuhan.
              -  Senja hujan turun tatkala matahari terbenam.
              -  Malam : pengalaman tidur paling sejuk dalam sejarah hidup.
              -  Pakai baju 3 lapis dan sweater.
              -  Tak boleh tidur kerana sejuk sangat.
              -  Pemandangan paling indah : sewaktu matahari terbit.

21 April 1995

8.30am  -  Memulakan perjalanan turun.
              -  Singgah sebentar di Bukit Botak (ambil air dan bergambar)
              -  Meneruskan perjalanan.
              -  Agak laju kerana menuruni bukit (perlu berhati-hati)

10.00am -  Tiba di Bonsai.
              -   Berehat sebentar.
               -  Meneruskan perjalanan ke Lumut.
               -  Berhati-hati kerana menuruni bukit / perjalanan pantas
               -  Meniti kayu balak.

2.00pm   -  Tiba di Lata Luis.
               -   Mandi dan bergambar di Lata Luis.
               -   Mendirikan khemah.
               -   Bermalam di Lata Luis.
               -   Hujan renyai pada sebelah malam.

22 April 1995

8.30am  -  Meneruskan perjalanan ke Kuala Juram.
              -  Menuruni bukit curam.
              -  Melalui kubang.
              -  Melalui permatang.
              -  Perjalanan agak laju / berhati-hati.
              -  Nyaris berlanggar dengan pokok.
              -  Bermula dari Kem Kor, terpisah kepada tiga kumpulan kecil.

12.15pm - Tiba di Kuala Juram.
               -  Makan tengah hari dan membersihkan kawasan persekitaran.

3.30pm   - Memulakan perjalanan ke Pejabat Perhilitan Sg Relau.
               - Berjalan kaki seperti mana sewaktu pergi dahulu.

6.30pm  -   Alhamdulillah, selamat tiba di destinasi.
              -  Menu makan malam agak istimewa gulai udang dan ikan patin masak tempoyak.

23 April 1995

9.00am  -  Bertolak ke Klang, Selangor.

5.00pm  -  Tiba di bandar Klang.

5.30pm  -  Majlis Penyampaian Sijil.

6.00pm  -  Aktiviti Bebas.


24 April 1995

9.00am - Bertolak ke destinasi masing-masing dari UKM.

Begitulah catatan perjalanan aku ke Gunung Tahan 17 tahun  yang lalu, namun terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Keletihan terubat setelah melihat betapa agung dan indahnya ciptaan Allah SWT. Bayangkan aku kehilangan 8 kg setelah pendakian selesai. banyak gambar yang sempat dirakam dan boleh dilihat dalam akaun facebook saya. Gunung Tahan akhirnya kau dapat ku tawan ... sampai berjumpa lagi ...wassalam. ...:)


Friday, November 23, 2012

Temuduga (Calon F1 2013) : Pelbagai karenah, ragam.....




Semalam, 22 November 2012 telah diadakan sessi pemilihan pelajar bagi sessi 2013 melibatkan kuota pengetua ( 20% daripada jumlah pengambilan pelajar Tingkatan 1). seperti tahun lepas, aku juga telah dilantik sebagai salah seorang panel penemuduga disamping Cikgu Ikhwan. Kami ditempatkan di bilik Galeri(Panel 2). Sessi temuduga melibatkan 2 sessi iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang, 10 pelajar bagi setiap sessi. Seperti tahun lepas, kami jugalah penemuduga yang paling akhir menamatkan tugas, maklumlah memilih pelajar ni bukan sekadar menanyakan soalan, sebaliknya memerlukan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugasan. Banyak karenah dan ragam calon diterjemahkan semasa sessi temuduga ...drama air mata ( pelajar lelaki ok),calon yang baru seminggu berkhatan,... diam membisu seribu bahasa, kelam kabut, gemuruh, tidak bersedia untuk ditemuduga, gerak badan yang pelbagai, "luahan rasa", tak peka isu-isu semasa  dan pelbagai lagi....namun ade juga calon yang betul2 berkeyakinan dan terserlah sifat kepimpinan dalam diri mereka...memang terdapat perbezaan ketara dalam spek penampilan dan personaliti antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar.....Usai tugasan pada jam 4.45 petang, hanya 8 orang sahaja yang kami fikir betul-betul layak bagi mengganggotai warga SESTA 2013 ... bagi calon yang berjaya sekalung penghargaan dan tahniah buat kalian semua....Insya Allah kita berjumpa pada 2 Januari 2013.....

Saturday, November 17, 2012

Aku, Warden dan Kenangan








Pengalman menjadi warden di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh telah mematangkan dan mendewasakan saya dalam meniti perjalanan sebagai pendidik. Tidak dinafikan pelbagai cabaran, halangan, suka, duka, pahit dan getir terpaksa diharungi sepanjang bergelar warden. Bukan sedikit air mata yang tumpah dalam usaha membina modal insan di alma mater tercinta. Alhamdulillah, segala cabaran dapat dihadapi atas semangat kerja berpasukan kami yang amat utuh pada waktu itu. Tidak dinafikan institusi warden merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sekolah.

Seringkali warden dianggap golongan "unsung heroes atau wira yang tak didendangkan". Hakikat yang sering pelajar lupa, warden ibarat pengganti ibu bapa khususnya bagi pelajar SBP dan yang tinggal di asrama. Sudah semestinya warden harus menjadi role model kepada pelajar. Terdapat pelajar yang cuba mewujudkan jurang pemisah antara mereka dengan warden, seringkali pelajar ini beranggapan warden bertindak tidak adil terhadap mereka. Ketegasan warden perlu bagi memastikan pelajar mematuhi segala peraturan yang disediakan dipatuhi. Percayalah, garang atau ketegasan seseorang warden pada kebiasaannya bertempat dan merupakan satu keperluan untuk kebaikan dan kejayaan pelajar kelak. Pelajar yang cemerlang tidak akan melakukan perkara yang tidak disenangi gurunya kerana keberkatan ilmu seseorang bergantung kepada redha seorang guru. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Pendidik merupakan insan mulia di sisi Allah kerana bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan dianggap sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Tugasan seorang warden atau guru tidak mengenal batasan waktu, tempat dan masa. Tiada robot atau mesin yang mampu dicipta menggantikan guru seaandainya hendak dinilai tanggungjawab yang harus dipikul. Inilah hakikat yang harus kita terima.

Tiada yang lebih berharga dan bernilai bagi seorang guru selain daripada melihat kejayaan anak-anak didik mereka......wassalam.

Kenangan Bulan Posa di JENAN





Banyak kenangan semasa bulan posa di  JENAN antaranya ...
  • Blok A terbakar .... angkara perang saudara ( World War 3 ... he he he ) ...habis penghuni Blok A (Juara dan Cendikia ) dipindahkan blok lain  atas misi pengaman PBB.
  • Menu wajib waktu sahur .... telur  masin ( sebiji sorang, okay) dan kopi o keras cap ADAM (lagi sedap dari Starbuck he he he )  ...QC olah Encik Wizurai.
  • Keriuhan waktu sahur dengan jeritan ... "sok....sok....sok " .....budak pompuan paling liat bangun sahur ....ngape ye....depa sahur 8 pagi kot...:)
  • Makcik Kuih menjual lauk tambahan ....paling popular ...telur sambal, kerang....aku pelanggan tetap.
  • Jadual Keluar ke pekan Jitra pada setiap petang untuk membeli juadah....(satu trip setiap hari)...budak pompuan paling happening ...10 jari = 10 plastik ....( yang ade adik angkat dan sewaktu denggannya jangan cakap la)....menu popular ...MURTABAK & AYAM PERCIK
  • Kalu ade kes keracunan ....trip ke JITRA dibatalkan serta merta.
  • Pelajar di denda bermain takraw di hadapan dining hall sampai subuh kerana main takraw dalam dorm P3.
  • Prep petang dimansuhkan.
  • Kalau imam baca surah panjang waktu solat terawih ......(anda sudah pasti adegan seterusnya)
  • Waktu moreh paling dinantikan ....( menu penuh kezutan ...moral...jangan menaruh harapan ...he he he)
  • Menu High Table pada hari Khamis malam Jumaat amat dinanti-nantikan.
  • Basuh baju time malam dibenarkan .... (terima kasih kepada KAO Attack ...jenama paling canggih time tu ).
  • Cerita-cerita mistik dan entiti berkurangan sepanjang bulan posa.
  • Pak Guard naik dorm dah tak bawak senapang suruh light off.
  • Time riadah ..... ramai yang beriadah atas katil.
  • Time outing ..... "Empire"  meriah jugak ...he he he.
  • Cikgu Seni suruh buat kad raya, yang paling cantik diberi penghargaan ...(karya aku seperti dijangkakan ... tidak terpilih)
  • Paling best sebelum balik raya ....episod bermaaf-maafan sesama kita.
Semoga berjumpa lagi.....Selamat beramal...

Bukan kerana NAMA





Majalah Fokus SPM  November 2012 terbitan Karangkraf Sdn Bhd telah memberi peluang kepada ku untuk mencoretkan pengalaman ku sebagai pendidik salam ruangan Diari Cikgu. Kesempatan ini telah aku gunakan untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang telah dilalui baik sebagai guru mahupun warden  disamping tips-tips untuk cemerlang dalam subjek sejarah khususnya semasa berada di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) . Soalan-soalan yang telah diberikan kepada ku telah dapat dijawap dengan sempurna. Bukan bertujuan untuk mendabik dada atau bermegah-megah, sekadar untuk memberi pesanan atau nasihat sekurang-kurangnya agar dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar atau rakan sejawat. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru yang terbaik. Semoga ianya akan terus memberikan ku inspirasi untuk terus mendidik anak bangsa bagi tahun-tahun mendatang. ... Setidak-tidaknya dapat dijadikan kenangan terindah suatu hari nanti. Selamat maju jaya kepada semua anak didik saya tak kira di mana jua kalian berada.... 

Friday, November 16, 2012

AKU DAN TIKET KONSESI KTM



Hari ini, kebosanan melanda diri, lantas ku capai album lama lalu melihat-lihat gambar di zaman retro. terpandang satu gambar yang amat menggamit memori. yea...gambar ngan kengkawan batch jenan 8791 semasa di Stesen Keretapi Ipoh, Perak. Bagi bebudak SBP yang pernah  melalui zaman naik train semasa balik cuti pertengahan dan akhir tahun, pasti tersenyum lebar bila mengimbau kembali nostalgia lama. selama 5 tahun jugak la aku berulang-alik dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh...dari form 1 sampai la form 5...tiket konsesi KTM ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Biasanya bebudak jenan bertolak dari jenan dengan menaiki Bas Gunong (klasik ok...guna air cond semula jadi...tingkap pun tarik ke bawah ...klasik bangat). jalan konpirm ikut jalan lama...ade sekali tu bas rosak kat tikam Batu, Sungai Petani...sempat kami pekena bihun sup kat warung...biasanye sampai kat Butterworth dalam pukui 4 petang ...train gerak dalam pukul 9 malam...biasanya kami pi seberang naik feri...sempat gi KOMTAR tu....he he he...ade satu kedai makan kat medan selera tu...memang nasi goreng dia jadi favourite aku...5 tahun  aku tak miss punye...(tak tau la, ade lagi ke dak kedai tu)...memang meriah stesen keretapi bila dipenuhi oleh bebudak SBP...macam2 ragam, karenah, dan fesyen pakaian...baik pompuan mahupun lelaki..."WALKMAN" merupakan gajet terpenting masa tu ...berebut tempat dan "port" baik dalam train sudah menjadi satu kemestian...sampai taiping...budak seratas naik....sampai kuala kangsar...budak koleq naik....(adegan kutuk-mengutukpun bermula, assabiah la katakan )....yang paling menarik bila keretapi  melalui terowong (adegan yang tak sanggup kita lihat...he he he )...sampai Ipoh...budak STAR naik....aku turun kat Ipoh (last-last aku mengajar kat STAR)...ade 3 kali kot...aku tak turun Ipoh ...tapi ikut member aku turun kat KL...lepaih tu naik bas balik Ipoh (saje nak merase jalan jauh sikit). Bebudak ke selatan turun KL dan tukar train pulak.

Bila balik ke jenan, biasanye seat train dah penuh...geng2 sbp yang dok KL dah amik...apa lagi menempek la kat tempat member...biasanye aku port kat tepi tangga ngan member...kalau jatuh la ...konpirm arwah...sekarang keretapi semua dah guna air cond(tak boleh dok kat tangga dah...he he he )....sampai kat Butterworth...masing2 berebut naik Bas Seri Kedah (Butterworth - Alor Setar)...memang kenangan terindah memori ZAMAN TIKET KONSESI...antara lagu top masa tu kami dok nyanyi ialah "Memburu Rindu" oleh Hattan...sekarang aku tengok bebdk SBP balik time cuti tak semeriah dulu...masing2 naik bas dan ramai yang parent ambik kat sekolah...ye lah...zaman dah berubah....sesungguhnya zaman persekolahan merupakan antara memori yang paling indah untuk diingati... Al Fatihah buat sahabat ku dalam gambar yang telah kembali ke rahmatullah..Allahyarham Rusman bin Shaari( budak Bidor) ...semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AL FATIHAH

Thursday, November 15, 2012

Aku dan ALLSENSPIRES 1112



Pada tanggal 9 November 2012 bertempat di Dewan Merdeka Tapah telah diadakan Majlis Farewell Grand Dinner Fivers 2012. Secara jujurnya batch ini amat dekat di hatiku....pelbagai kenangan pahit, manis,suka duka telahpun dilalui bersama sepanjang hampir 2 musim bersama mereka. Buat pertama kalinya dalam sejarah perguruan aku, aku mengajar satu batch pada tahun 2011 semasa mereka berada di Tingkatan 4. Sebagai guru opsyen sejarah pertama di SESTA, tugas itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak dinafikan berlaku "kejutan Budaya" terhadap diriku kerana buat pertama kali dalam sejarah aku mengajar pelajar perempuan...maklumlah sebelum ini anak didik ku hanyalah pelajar2 lelaki ...Sekolah Izzuddin Shah (Praktikum) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dari 2000 hingga 2010....semuanya budak jantan ...he he he....

Aku terkenang dialog ku dengan ibu ku ... sehari sebelum aku melapor diri ke SESTA

Aku : Mak, macam mana nak ngajar budak pompuan ye?

Mak : Ngajar la, macam tak pernah ngajar.

Aku : Ya la, mak kan lama ngajar kat Convent, citer la kat angah sikit.

Mak : Patutla ko ni tak kawin2, itu pun tak tau.

Aku : Apa ni mak, ubah topik la pulak.

Mak : He he he .... dengar ni angah, ada dua benda yang budak pompuan ade tapi   takde pada bebudak lelaki.

Aku : Itu Angah tahu mak ....(double meaning)

Mak : Ha, mula la nak korner tu

Aku : Ampun mak (mod ketawa) ... cer sambung citer tadi.

Mak : Satu ... kekuatan budak pompuan ni pandai memujuk, yang kedua budak pompuan ni paling tabah menghadapi dugaan...Macam mana?

Aku : Ok.

Mak : Apa yang OK!

Aku : Everything .... Mak doakan angah ye...!


Itulah pesanan ibu ku terhadap pelajar perempuan ....Masih terbayang wajah-wajah suci mereka buat pertama kalinye aku dedahkan format sejarah SPM dalam 7 kelas Tingkatan 4 yang aku ajar pada awal tahun 2011....suasana kelas agak meriah diselangi dengan derai ketawa dan tak kurang juga yang ketakutan pabila soalan-soalan aku ajukan....Alhamdulillah sepanjang 2 tahun aku bersama mereka ...result sejarah sentiasa berada dalam ranking top 5 SBP...dan kemuncaknya semasa peperiksaan percubaan SPM Selaras SBP...kesemua anak didik ku mendapat gred A...Alhamdulillah atas kurniaan rezeki....banyak karenah dan pelbagai ragam terpaksa ditempuhi....terkadang membuat aku tersenyum sendirian....sesi perbengkelan sama ada di dewan, bilik seminar mahupun pusat sumber ...kelas subuh...kelas petang...semuanya menjadi saksi pengorbanan mereka dalam menempuh kejayaan...terlalu banyak kenangan manis semasa proses P&P berlangsung...ade yang cuak...ade yang ceria ...konfrantasi...ade yang jadi mangsa buli ( he he he )..."berdebat"...kisah-kisah kepahlawanan...isu-isu semasa istilah-istilah bombastik....luahan hati...jawapan-jawapan pelik tetapi benar...pesanan-pesanan keramat...dari 5 Alamanda hingga 5 Rossa ...terlalu banyak untuk dicoretkan di sini...biarlah ianya terpahat kukuh dalam memori hati ku....Akhir kata....selamat maju jaya buat ALLSENSPIRES 1112....semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat...doa cikgu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian semua...thanx for everything ...Assalamualaikum...cikgu mengundurkan diri....