Friday, November 23, 2012

Temuduga (Calon F1 2013) : Pelbagai karenah, ragam.....




Semalam, 22 November 2012 telah diadakan sessi pemilihan pelajar bagi sessi 2013 melibatkan kuota pengetua ( 20% daripada jumlah pengambilan pelajar Tingkatan 1). seperti tahun lepas, aku juga telah dilantik sebagai salah seorang panel penemuduga disamping Cikgu Ikhwan. Kami ditempatkan di bilik Galeri(Panel 2). Sessi temuduga melibatkan 2 sessi iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang, 10 pelajar bagi setiap sessi. Seperti tahun lepas, kami jugalah penemuduga yang paling akhir menamatkan tugas, maklumlah memilih pelajar ni bukan sekadar menanyakan soalan, sebaliknya memerlukan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugasan. Banyak karenah dan ragam calon diterjemahkan semasa sessi temuduga ...drama air mata ( pelajar lelaki ok),calon yang baru seminggu berkhatan,... diam membisu seribu bahasa, kelam kabut, gemuruh, tidak bersedia untuk ditemuduga, gerak badan yang pelbagai, "luahan rasa", tak peka isu-isu semasa  dan pelbagai lagi....namun ade juga calon yang betul2 berkeyakinan dan terserlah sifat kepimpinan dalam diri mereka...memang terdapat perbezaan ketara dalam spek penampilan dan personaliti antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar.....Usai tugasan pada jam 4.45 petang, hanya 8 orang sahaja yang kami fikir betul-betul layak bagi mengganggotai warga SESTA 2013 ... bagi calon yang berjaya sekalung penghargaan dan tahniah buat kalian semua....Insya Allah kita berjumpa pada 2 Januari 2013.....

Saturday, November 17, 2012

Aku, Warden dan Kenangan








Pengalman menjadi warden di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh telah mematangkan dan mendewasakan saya dalam meniti perjalanan sebagai pendidik. Tidak dinafikan pelbagai cabaran, halangan, suka, duka, pahit dan getir terpaksa diharungi sepanjang bergelar warden. Bukan sedikit air mata yang tumpah dalam usaha membina modal insan di alma mater tercinta. Alhamdulillah, segala cabaran dapat dihadapi atas semangat kerja berpasukan kami yang amat utuh pada waktu itu. Tidak dinafikan institusi warden merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sekolah.

Seringkali warden dianggap golongan "unsung heroes atau wira yang tak didendangkan". Hakikat yang sering pelajar lupa, warden ibarat pengganti ibu bapa khususnya bagi pelajar SBP dan yang tinggal di asrama. Sudah semestinya warden harus menjadi role model kepada pelajar. Terdapat pelajar yang cuba mewujudkan jurang pemisah antara mereka dengan warden, seringkali pelajar ini beranggapan warden bertindak tidak adil terhadap mereka. Ketegasan warden perlu bagi memastikan pelajar mematuhi segala peraturan yang disediakan dipatuhi. Percayalah, garang atau ketegasan seseorang warden pada kebiasaannya bertempat dan merupakan satu keperluan untuk kebaikan dan kejayaan pelajar kelak. Pelajar yang cemerlang tidak akan melakukan perkara yang tidak disenangi gurunya kerana keberkatan ilmu seseorang bergantung kepada redha seorang guru. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Pendidik merupakan insan mulia di sisi Allah kerana bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan dianggap sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Tugasan seorang warden atau guru tidak mengenal batasan waktu, tempat dan masa. Tiada robot atau mesin yang mampu dicipta menggantikan guru seaandainya hendak dinilai tanggungjawab yang harus dipikul. Inilah hakikat yang harus kita terima.

Tiada yang lebih berharga dan bernilai bagi seorang guru selain daripada melihat kejayaan anak-anak didik mereka......wassalam.

Kenangan Bulan Posa di JENAN





Banyak kenangan semasa bulan posa di  JENAN antaranya ...
  • Blok A terbakar .... angkara perang saudara ( World War 3 ... he he he ) ...habis penghuni Blok A (Juara dan Cendikia ) dipindahkan blok lain  atas misi pengaman PBB.
  • Menu wajib waktu sahur .... telur  masin ( sebiji sorang, okay) dan kopi o keras cap ADAM (lagi sedap dari Starbuck he he he )  ...QC olah Encik Wizurai.
  • Keriuhan waktu sahur dengan jeritan ... "sok....sok....sok " .....budak pompuan paling liat bangun sahur ....ngape ye....depa sahur 8 pagi kot...:)
  • Makcik Kuih menjual lauk tambahan ....paling popular ...telur sambal, kerang....aku pelanggan tetap.
  • Jadual Keluar ke pekan Jitra pada setiap petang untuk membeli juadah....(satu trip setiap hari)...budak pompuan paling happening ...10 jari = 10 plastik ....( yang ade adik angkat dan sewaktu denggannya jangan cakap la)....menu popular ...MURTABAK & AYAM PERCIK
  • Kalu ade kes keracunan ....trip ke JITRA dibatalkan serta merta.
  • Pelajar di denda bermain takraw di hadapan dining hall sampai subuh kerana main takraw dalam dorm P3.
  • Prep petang dimansuhkan.
  • Kalau imam baca surah panjang waktu solat terawih ......(anda sudah pasti adegan seterusnya)
  • Waktu moreh paling dinantikan ....( menu penuh kezutan ...moral...jangan menaruh harapan ...he he he)
  • Menu High Table pada hari Khamis malam Jumaat amat dinanti-nantikan.
  • Basuh baju time malam dibenarkan .... (terima kasih kepada KAO Attack ...jenama paling canggih time tu ).
  • Cerita-cerita mistik dan entiti berkurangan sepanjang bulan posa.
  • Pak Guard naik dorm dah tak bawak senapang suruh light off.
  • Time riadah ..... ramai yang beriadah atas katil.
  • Time outing ..... "Empire"  meriah jugak ...he he he.
  • Cikgu Seni suruh buat kad raya, yang paling cantik diberi penghargaan ...(karya aku seperti dijangkakan ... tidak terpilih)
  • Paling best sebelum balik raya ....episod bermaaf-maafan sesama kita.
Semoga berjumpa lagi.....Selamat beramal...

Bukan kerana NAMA





Majalah Fokus SPM  November 2012 terbitan Karangkraf Sdn Bhd telah memberi peluang kepada ku untuk mencoretkan pengalaman ku sebagai pendidik salam ruangan Diari Cikgu. Kesempatan ini telah aku gunakan untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang telah dilalui baik sebagai guru mahupun warden  disamping tips-tips untuk cemerlang dalam subjek sejarah khususnya semasa berada di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) . Soalan-soalan yang telah diberikan kepada ku telah dapat dijawap dengan sempurna. Bukan bertujuan untuk mendabik dada atau bermegah-megah, sekadar untuk memberi pesanan atau nasihat sekurang-kurangnya agar dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar atau rakan sejawat. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru yang terbaik. Semoga ianya akan terus memberikan ku inspirasi untuk terus mendidik anak bangsa bagi tahun-tahun mendatang. ... Setidak-tidaknya dapat dijadikan kenangan terindah suatu hari nanti. Selamat maju jaya kepada semua anak didik saya tak kira di mana jua kalian berada.... 

Friday, November 16, 2012

AKU DAN TIKET KONSESI KTM



Hari ini, kebosanan melanda diri, lantas ku capai album lama lalu melihat-lihat gambar di zaman retro. terpandang satu gambar yang amat menggamit memori. yea...gambar ngan kengkawan batch jenan 8791 semasa di Stesen Keretapi Ipoh, Perak. Bagi bebudak SBP yang pernah  melalui zaman naik train semasa balik cuti pertengahan dan akhir tahun, pasti tersenyum lebar bila mengimbau kembali nostalgia lama. selama 5 tahun jugak la aku berulang-alik dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh...dari form 1 sampai la form 5...tiket konsesi KTM ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Biasanya bebudak jenan bertolak dari jenan dengan menaiki Bas Gunong (klasik ok...guna air cond semula jadi...tingkap pun tarik ke bawah ...klasik bangat). jalan konpirm ikut jalan lama...ade sekali tu bas rosak kat tikam Batu, Sungai Petani...sempat kami pekena bihun sup kat warung...biasanye sampai kat Butterworth dalam pukui 4 petang ...train gerak dalam pukul 9 malam...biasanya kami pi seberang naik feri...sempat gi KOMTAR tu....he he he...ade satu kedai makan kat medan selera tu...memang nasi goreng dia jadi favourite aku...5 tahun  aku tak miss punye...(tak tau la, ade lagi ke dak kedai tu)...memang meriah stesen keretapi bila dipenuhi oleh bebudak SBP...macam2 ragam, karenah, dan fesyen pakaian...baik pompuan mahupun lelaki..."WALKMAN" merupakan gajet terpenting masa tu ...berebut tempat dan "port" baik dalam train sudah menjadi satu kemestian...sampai taiping...budak seratas naik....sampai kuala kangsar...budak koleq naik....(adegan kutuk-mengutukpun bermula, assabiah la katakan )....yang paling menarik bila keretapi  melalui terowong (adegan yang tak sanggup kita lihat...he he he )...sampai Ipoh...budak STAR naik....aku turun kat Ipoh (last-last aku mengajar kat STAR)...ade 3 kali kot...aku tak turun Ipoh ...tapi ikut member aku turun kat KL...lepaih tu naik bas balik Ipoh (saje nak merase jalan jauh sikit). Bebudak ke selatan turun KL dan tukar train pulak.

Bila balik ke jenan, biasanye seat train dah penuh...geng2 sbp yang dok KL dah amik...apa lagi menempek la kat tempat member...biasanye aku port kat tepi tangga ngan member...kalau jatuh la ...konpirm arwah...sekarang keretapi semua dah guna air cond(tak boleh dok kat tangga dah...he he he )....sampai kat Butterworth...masing2 berebut naik Bas Seri Kedah (Butterworth - Alor Setar)...memang kenangan terindah memori ZAMAN TIKET KONSESI...antara lagu top masa tu kami dok nyanyi ialah "Memburu Rindu" oleh Hattan...sekarang aku tengok bebdk SBP balik time cuti tak semeriah dulu...masing2 naik bas dan ramai yang parent ambik kat sekolah...ye lah...zaman dah berubah....sesungguhnya zaman persekolahan merupakan antara memori yang paling indah untuk diingati... Al Fatihah buat sahabat ku dalam gambar yang telah kembali ke rahmatullah..Allahyarham Rusman bin Shaari( budak Bidor) ...semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AL FATIHAH

Thursday, November 15, 2012

Aku dan ALLSENSPIRES 1112



Pada tanggal 9 November 2012 bertempat di Dewan Merdeka Tapah telah diadakan Majlis Farewell Grand Dinner Fivers 2012. Secara jujurnya batch ini amat dekat di hatiku....pelbagai kenangan pahit, manis,suka duka telahpun dilalui bersama sepanjang hampir 2 musim bersama mereka. Buat pertama kalinya dalam sejarah perguruan aku, aku mengajar satu batch pada tahun 2011 semasa mereka berada di Tingkatan 4. Sebagai guru opsyen sejarah pertama di SESTA, tugas itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak dinafikan berlaku "kejutan Budaya" terhadap diriku kerana buat pertama kali dalam sejarah aku mengajar pelajar perempuan...maklumlah sebelum ini anak didik ku hanyalah pelajar2 lelaki ...Sekolah Izzuddin Shah (Praktikum) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dari 2000 hingga 2010....semuanya budak jantan ...he he he....

Aku terkenang dialog ku dengan ibu ku ... sehari sebelum aku melapor diri ke SESTA

Aku : Mak, macam mana nak ngajar budak pompuan ye?

Mak : Ngajar la, macam tak pernah ngajar.

Aku : Ya la, mak kan lama ngajar kat Convent, citer la kat angah sikit.

Mak : Patutla ko ni tak kawin2, itu pun tak tau.

Aku : Apa ni mak, ubah topik la pulak.

Mak : He he he .... dengar ni angah, ada dua benda yang budak pompuan ade tapi   takde pada bebudak lelaki.

Aku : Itu Angah tahu mak ....(double meaning)

Mak : Ha, mula la nak korner tu

Aku : Ampun mak (mod ketawa) ... cer sambung citer tadi.

Mak : Satu ... kekuatan budak pompuan ni pandai memujuk, yang kedua budak pompuan ni paling tabah menghadapi dugaan...Macam mana?

Aku : Ok.

Mak : Apa yang OK!

Aku : Everything .... Mak doakan angah ye...!


Itulah pesanan ibu ku terhadap pelajar perempuan ....Masih terbayang wajah-wajah suci mereka buat pertama kalinye aku dedahkan format sejarah SPM dalam 7 kelas Tingkatan 4 yang aku ajar pada awal tahun 2011....suasana kelas agak meriah diselangi dengan derai ketawa dan tak kurang juga yang ketakutan pabila soalan-soalan aku ajukan....Alhamdulillah sepanjang 2 tahun aku bersama mereka ...result sejarah sentiasa berada dalam ranking top 5 SBP...dan kemuncaknya semasa peperiksaan percubaan SPM Selaras SBP...kesemua anak didik ku mendapat gred A...Alhamdulillah atas kurniaan rezeki....banyak karenah dan pelbagai ragam terpaksa ditempuhi....terkadang membuat aku tersenyum sendirian....sesi perbengkelan sama ada di dewan, bilik seminar mahupun pusat sumber ...kelas subuh...kelas petang...semuanya menjadi saksi pengorbanan mereka dalam menempuh kejayaan...terlalu banyak kenangan manis semasa proses P&P berlangsung...ade yang cuak...ade yang ceria ...konfrantasi...ade yang jadi mangsa buli ( he he he )..."berdebat"...kisah-kisah kepahlawanan...isu-isu semasa istilah-istilah bombastik....luahan hati...jawapan-jawapan pelik tetapi benar...pesanan-pesanan keramat...dari 5 Alamanda hingga 5 Rossa ...terlalu banyak untuk dicoretkan di sini...biarlah ianya terpahat kukuh dalam memori hati ku....Akhir kata....selamat maju jaya buat ALLSENSPIRES 1112....semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat...doa cikgu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian semua...thanx for everything ...Assalamualaikum...cikgu mengundurkan diri....