Saturday, November 17, 2012

Aku, Warden dan Kenangan








Pengalman menjadi warden di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh telah mematangkan dan mendewasakan saya dalam meniti perjalanan sebagai pendidik. Tidak dinafikan pelbagai cabaran, halangan, suka, duka, pahit dan getir terpaksa diharungi sepanjang bergelar warden. Bukan sedikit air mata yang tumpah dalam usaha membina modal insan di alma mater tercinta. Alhamdulillah, segala cabaran dapat dihadapi atas semangat kerja berpasukan kami yang amat utuh pada waktu itu. Tidak dinafikan institusi warden merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sekolah.

Seringkali warden dianggap golongan "unsung heroes atau wira yang tak didendangkan". Hakikat yang sering pelajar lupa, warden ibarat pengganti ibu bapa khususnya bagi pelajar SBP dan yang tinggal di asrama. Sudah semestinya warden harus menjadi role model kepada pelajar. Terdapat pelajar yang cuba mewujudkan jurang pemisah antara mereka dengan warden, seringkali pelajar ini beranggapan warden bertindak tidak adil terhadap mereka. Ketegasan warden perlu bagi memastikan pelajar mematuhi segala peraturan yang disediakan dipatuhi. Percayalah, garang atau ketegasan seseorang warden pada kebiasaannya bertempat dan merupakan satu keperluan untuk kebaikan dan kejayaan pelajar kelak. Pelajar yang cemerlang tidak akan melakukan perkara yang tidak disenangi gurunya kerana keberkatan ilmu seseorang bergantung kepada redha seorang guru. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Pendidik merupakan insan mulia di sisi Allah kerana bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan dianggap sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Tugasan seorang warden atau guru tidak mengenal batasan waktu, tempat dan masa. Tiada robot atau mesin yang mampu dicipta menggantikan guru seaandainya hendak dinilai tanggungjawab yang harus dipikul. Inilah hakikat yang harus kita terima.

Tiada yang lebih berharga dan bernilai bagi seorang guru selain daripada melihat kejayaan anak-anak didik mereka......wassalam.

No comments:

Post a Comment