Wednesday, December 26, 2012

13 MUSIM BERLALU .... 2 KISAH MENYAYAT HATI KU


 
2012 bakal melabuhkan tirainya, bermakna sudah 13 tahun aku bergelar pendidik. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ku mendidik anak bangsa di STAR dan SESTA, banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka telah ku tempuhi....bukan sedikit juga air mata ku tumpah dalam menempuh hari-hari yang mendatang....ini juga bermakna telah 13 batch F5 telah aku lepaskan....sudah tentu kenangan di STAR mendominasi ruang kenangan ku kerana hampir 11 tahun berada di sana, berbanding memasuki tahun ketiga di SESTA.

Namun, dalam banyak-banyak kenangan terdapat dua kenangan pahit yang tidak dapat aku lupakan.  Berikut merupakan  petikan daripada biografi ku yang bertajuk  "Dari STAR ke SESTA" edisi terhad.

KISAH SATU

Gelaran  "Bangsat! Perosak Anak Bangsa"

Pada 9 Mac  tahun 2002, dalam pertandingan bola sepak persahabatan antara STAR dan SIS (Sekolah Izuddin Shah), SIS telah berjaya mengalahkan STAR dengan jaringan 1-0. Dua orang  pelajar Tingkatan 5 telah memaki hamun  kepada pemain Izuddin. Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan Cikgu Zaidi dan beliau telah menegur pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat ku. Tidak habis di situ, pelajar tersebut bersama rakan-rakannya telah mengepung motor Cikgu Zaidi, lalu menendang tayar motornya (anak Cikgu Zaidi ada dalam raga motor tersebut) sambil menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap sahabat ku.

Malam tu, warden telah mengadakan operasi dan mencari kumpulan pelajar tersebut. Saya dan Ustaz Ariffine ditugaskan untuk mencari mereka di blok Tingkatan 5. Aku berhadapan dengan pelajar tersebut, kebiadapan yang ditunjukkan beliau semasa menjawab soalan ku, telah menimbulkan kemarahan ku. Ustaz Ariffine menenangkan ku dan kami beredar dari situ.

Keesokan petangnya (10 Mac 2012)  selepas solat Asar, seorang pelajar T3 memanggil ku di bilik (aku tinggal di bilik warden Blue House) menyatakan waris ingin bertemu dengan ku. Akupun turun ke bawah dan berjumpa dengan bapa, ibu, nenek dan seorang berbadan besar di bawah pokok dekat blok Matrik.Ibu dan bapanya tidak berpuas hati....memaki hamun ku dengan kata-kata kesat.......antara ayatnya  " Cikgu Bangsat!"  dan  "Cikgu macam ni lah perosak anak bangsa!"

Pemuda berbadan besar tu menggugut ku ..."Kau jangan main-main dengan orang Selayang, Turun KL siap kau!...Aku pun membalas .."Ini tempat aku, kau jangan main-main." ...komunikasi berakhir di situ apabila akhirnya mereka beredar.

Pada minggu berikutnya, seorang pegawai nazir telah datang cari aku kat sekolah. Kebetulan pada malam tu aku duty (warden bertugas). Beliau bertanya aku pasal kes tersebut. Dia menggugut kata kesalahan aku serius dan beritahu yang aku belum konfirm (sah dalam jawatan) lagi dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. Yang paling aku sedih, apabila dia cakap sijil berhenti sekolah aku yang tercatat "terpuji" pada ruangan siasah sebenarnya boleh diubah. Pengetua STAR telah datang menemui pegawai tersebut di anjung tamu.

Keesokan harinya, aku dipanggil dalam bilik Pengetua dan menceritakan apa yang telah berlaku. Namun pegawai tersebut menafikan tindakannya dan ugutannya kepada ku. Alhamdulillah, hasil bantuan YDP PIBG STAR  dalam menangani kes ini termasuk menemui pegawai nazir dalam mempertahankan tindakan ku.

Akhirnya kebenaran telah muncul apabila mendapati bapa mangsa (old boys ) telah meminta kawannya ( juga old boys ) membantu, yang juga merupakan jiran kepada pegawai tersebut.


KISAH KEDUA

Kereta "Gores dan Menang" serta road tax ....apakah dosa mereka!

Pada bulan April 2002, kereta ku jenis Datsun 120Y (AAK 6175) berwarna merah telah digores oleh pelajar menggunakan "paku"  punya la teruk dari depan sampai belakang. Para pelajar dan guru-guru telah menggelarkan kereta ku ..."Gores dan Menang". Apalah dosa kereta yang telah banyak berjasa kepada budak STAR, aku hantar mereka ke hospital mahupun ade yang sampai ke Medan kidd....sehingga menyebabkan mengalir air mata ibu ku melihat keadaan kereta tersebut setelah ku tunjukkan kepada ibu ku ....kasih ibu sampai ke syurga.

Pada bulan Julai 2002, road tax kereta ku telah pelajar ambil, mereka telah umpil tingkap dan mengambil road tax tersebut...pada masa itu memang aku parking kereta aku dekat bawah pokok tepi blok matrik. Kejadian berlaku sebanyak 2 kali....so aku terpaksa membuat aduan kepada JPJ sebanyak 2 kali (kena denda, setiap kali hilang, didenda RM50)....Akhirnya JPJ cadangkan dekat aku supaya roadtax itu dilaminate dan tidak ditampal pada cermin kereta, bimbang kena curi lagi. Jadi aku ikutlah cadangan JPJ tersebut.

Itulah catatan diari perjalanan hidup ku sepanjang bergelar pendidik....Maka terjawab persoalan mengapa  batch STAR F5 2002 tidak mendapat tempat di hati guru-guru STAR.... Satu je pesanan cikgu ....Ingatlah doa orang yang teraniaya merupakan antara doa yang dimakbulkan..... Biarlah cikgu menjadi orang dan cikgu  yang pertama dan terakhir di STAR yang mendapat gelaran "Bangsat!" atau "Perosak Anak bangsa" .... kerana kalau betullah cikgu ni bangsat....takkanlah anak-anak murid cikgu di STAR berjaya dalam meniti kejayaan....buat anak-anak murid cikgu selamat maju jaya di mana jua kalian berada ...Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat....Yang baik itu dari Allah, pasti ada kelemahan dan kesalahan dari diri cikgu sendiri ....Selamat beramal...

5 comments:

  1. Tersentuh hati membacanya. Semoga Cikgu terus berada dalam lindungan rahmat Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  2. Inshaa Allah .... Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam menempuhi apa jua cabaran dalam meniti hari-hari mendatang...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, tuan... Saya Fhazrul Zainor... Pelajar tahun akhir di sebuah institut pengajian tinggi di Selatan Perak... Juga bakal bergelar pendidik... Insha Allah...
    Setelah membaca pelbagai jenis entri yang tuan kongsikan di blog ini, malam ini saya sedar bahawa menjadi pendidik pada zaman ini ternyata lebih mencabar dan memerlukan semangat juang yang tinggi untuk berhadapan dengan para pelajar, para ibu bapa, juga masyarakat...
    Insha Allah saya bertekad untuk terus berusaha menjadi pendidik yang baik dan bagus seperti tuan; biar pun saya percaya terdapat pelbagai cabaran yang perlu saya hadapi pada masa hadapan...
    Semoga tuan sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt agar terus mampu berkhdimat dengan cemerlang dalam agenda memandaikan anak bangsa serta mendidik mereka agar cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya sahsiah diri...
    Semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah swt dan mendapat rahmat juga keberkatan hidup di dunia dan akhirat... Insha Allah... Aminn...
    Barakallahufik...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara Fhazrul Zainor kerana melawat blog cikgu. Cikgu insan biasa je, ramai lagi cikgu2 hebat kat luar sana sedang menabur bakti. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebagai insan, kita tidak sempurna kerana kesempurnaan tu milik Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Cikgu doakan awak bakal menjadi pendidik yang berjiwa besar satu hari nanti...Insha Allah ...:)

    ReplyDelete
  5. sedihnya baca cerita ni..nasib baik tak masuk lagi waktu tu.

    ReplyDelete