Tuesday, December 25, 2012

CABARAN TAHAN 1995 : INDAH CIPTAAN TUHAN



Hari ini aku telah terjumpa sesuatu yang menarik, aku telah mencari catatan ini sejak sekian lama, akhirnya bertemu jua pada hari ini. Ianya merupakan catatan perjalanan sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Tahan pada tahun 1995. Inilah catatan tersebut ( sekadar catatan perjalanan dalam melihat keagungan dan keindahan ciptaan Illahi.

Ekspedisi Gunung Tahan ( 16 hingga 23 April 1995)

Program : Projek Rakan Muda UKM / Rakan Rekreasi UKM

Anjuran : Kamsis Tun Hussein Onn / Pusat Pembangunan Insan Cemerlang (PPIC)

Peserta : 40 orang

Catatan Perjalanan

16 April 1995

12.30pm    -  Bertolak dari UKM.
2.00pm      -  Tiba di Kompleks Plaza MPK (Klang)
4.00pm      -  Majlis Perasmian.
5.00pm      -  Aktiviti meronda bandar Klang
9.00pm      -  Bertolak dari Klang.

17 April 1995

6.30am     -  Tiba di Merapoh,Pahang

10.30am   -  Tiba di Pejabat Perhilitan, Sungai Relau

3.30pm     -  Memulakan perjalanan ke Kuala Juram.
                 -  Berjalan kaki sejauh 13km.
                 -  Mendaki 23 puncak bukit.
                 -  Melalui 4 batang sungai (Sg Relau, Sg Kelam, Sg Cheruai, Anak Sungai Cheruai)
                 -  Melintasi 17 anak sungai
                 -  Perjalanan mengambil masa 3 jam.

6.30pm     -  Tiba di Kuala Juram.

9.00pm     -  Sessi perkenalan.

11.30pm   -  Tidur / berehat / simpan tenaga untuk hari esok.


18 April 1995

8.00am    -  Memulakan perjalanan menuju ke Kem Kor.
                -  Perjalanan amat mencabar
                -  Lereng bukit sempit dan curam.
                -  Mendaki bukit menegak.

12.15pm  -  Berhenti makan / berehat di kawasan air terjun.

 2.00pm   -  Meneruskan perjalanan
                -  Mendaki dan menuruni bukit yang curam / keletihan sukar digambarkan.

 3.30pm   -  Tiba di Kem Kor (Kawasan Air Terjun)
                -  Aktiviti bebas.
                - Tengah malam, hujan lebat turun.
                -  Tidur macam atas tilam air (aliran air bawah khemah)
                -  Air sungai naik, nasib baik beg tak hanyut.

19 April 1995

8.00am    -  Memulakan perjalanan ke Permatang.
                -  Meredah sungai.
                -  Mendaki bukit curam.

8.45am    -  Tiba di Permatang
                -  Meneruskan perjalanan.
                -  Perjalanan mencabar dan meletihkan.
                -  Hanya mendaki sahaja.

12.20pm  -  Tiba di  Kubang.
                -  Berhenti rehat dan makan.

2.00pm    -  Meneruskan perjalanan ke Lumut.
                -  Perjalanan makin mencabar.
                -  Bukit semakin tinggi dan menegak.
                -  Tiba di Lata Luis (Air Terjun yang cantik)
                -  Menyeberangi sungai dengan meniti balak tumbang.
                -  Mendaki bukit curam dengan tali.
                -  Terus mendaki bukit tegak dan curam sahaja.
                -  Meredah kawasan berselut dan berlumpur.
                -  Kawasan diselubungi kabus (kian sejuk)
                -  Meredah kawasan pokok renek berduri (tangan habis luka/calar balar)

5.00pm    -  Tiba di Lumut.
                -  Seluruh pokok dipenuhi lumut.
                -  Kawasan yang amat indah.
                -  Kelihatan air terjun dari kejauhan.
                -  Ada khemah kehilangan makanan, dikhuatiri dilarikan tikus gunung yang besar.

20 April 1995

8.00am   -  Meneruskan perjalanan ke Bonsai.
               -  Jalan berselut, lumpur dan sempit.
               -  Meredah belukar berduri.
               -  Bukit agak rendah, namun agak sukar kerana licin dan berlumpur.

10.30am -  Tiba di Bonsai.
               -  Kawasan lapang.
               -  Pokok renek dan rendah (cantik,akar berlingkar)
               -  Meneruskan perjalanan pendakian bukit.
               -  Jalan berlumpur dan selut.
               -  Melalui kawasan berbukit batu.
               -  Jalan agak licin (berbau licin)
               -  Pemandangan bukit dan gunung sekitar amat menakjubkan. Subhanallah.
               -  Diselubungi kabus (mulut mula berasap)
               -  Singgah di Bukit Botak (air paling sejuk dan sedap pernah dirasai)
               -  Meneruskan perjalanan (mendaki empat puncak lagi)

2.30pm  -  Alhamdulillah, akhirnya tiba di puncak Gunung Tahan.
              -  Kawasan berbatu dan pokok renek.
              -  Diselubungi kabus.
              -  Sessi bergambar untuk kenang-kenangan.

6.45pm  -  Indah Ciptaan Tuhan.
              -  Senja hujan turun tatkala matahari terbenam.
              -  Malam : pengalaman tidur paling sejuk dalam sejarah hidup.
              -  Pakai baju 3 lapis dan sweater.
              -  Tak boleh tidur kerana sejuk sangat.
              -  Pemandangan paling indah : sewaktu matahari terbit.

21 April 1995

8.30am  -  Memulakan perjalanan turun.
              -  Singgah sebentar di Bukit Botak (ambil air dan bergambar)
              -  Meneruskan perjalanan.
              -  Agak laju kerana menuruni bukit (perlu berhati-hati)

10.00am -  Tiba di Bonsai.
              -   Berehat sebentar.
               -  Meneruskan perjalanan ke Lumut.
               -  Berhati-hati kerana menuruni bukit / perjalanan pantas
               -  Meniti kayu balak.

2.00pm   -  Tiba di Lata Luis.
               -   Mandi dan bergambar di Lata Luis.
               -   Mendirikan khemah.
               -   Bermalam di Lata Luis.
               -   Hujan renyai pada sebelah malam.

22 April 1995

8.30am  -  Meneruskan perjalanan ke Kuala Juram.
              -  Menuruni bukit curam.
              -  Melalui kubang.
              -  Melalui permatang.
              -  Perjalanan agak laju / berhati-hati.
              -  Nyaris berlanggar dengan pokok.
              -  Bermula dari Kem Kor, terpisah kepada tiga kumpulan kecil.

12.15pm - Tiba di Kuala Juram.
               -  Makan tengah hari dan membersihkan kawasan persekitaran.

3.30pm   - Memulakan perjalanan ke Pejabat Perhilitan Sg Relau.
               - Berjalan kaki seperti mana sewaktu pergi dahulu.

6.30pm  -   Alhamdulillah, selamat tiba di destinasi.
              -  Menu makan malam agak istimewa gulai udang dan ikan patin masak tempoyak.

23 April 1995

9.00am  -  Bertolak ke Klang, Selangor.

5.00pm  -  Tiba di bandar Klang.

5.30pm  -  Majlis Penyampaian Sijil.

6.00pm  -  Aktiviti Bebas.


24 April 1995

9.00am - Bertolak ke destinasi masing-masing dari UKM.

Begitulah catatan perjalanan aku ke Gunung Tahan 17 tahun  yang lalu, namun terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Keletihan terubat setelah melihat betapa agung dan indahnya ciptaan Allah SWT. Bayangkan aku kehilangan 8 kg setelah pendakian selesai. banyak gambar yang sempat dirakam dan boleh dilihat dalam akaun facebook saya. Gunung Tahan akhirnya kau dapat ku tawan ... sampai berjumpa lagi ...wassalam. ...:)


No comments:

Post a Comment