Sunday, January 6, 2013

Allahyarham Fazaldin .... semoga damai di sana

Allahyarham Fazaldin merupakan salah seorang anak murid ku yang pernah menuntut ilmu dengan ku. Allahyarham merupakan kumpulan pelajar yang pertama aku ajari semasa tiba di STAR pada tahun 2000. Walaupun kenangan bersama Allahyarham cuma seketika, namun budi pekerti beliau yang amat baik terhadap aku dan guru-guru amat terkesan di hati ku. Allahyarham merupakan anak kelahiran Sabah. Ayahnya bekerja dengan syarikat SHELL di salah sebuah pelantar minyak di Terengganu. Semasa aku mengajar Allahyarham di Tingkatan 1 dan 2, ternyata tingkahlakunya rata-rata amat disenangi oleh semua guru. Pengalaman ku sendiri, Allahyarham sering bertanya kepada ku di dalam dan di luar kelas sekiranya timbul kemusykilan. Namun, apa yang lebih dekat di hati ku, Allahyarham sering membantu ku membawakan buku-buku latihan yang ku jinjing dari motor ku (EX5 : ACU 2840) ke bilik guru....pada masa itu, aku diamanahkan untuk memegang kunci bilik guru, jadi aku merupakan orang terawal tiba di sekolah ...terkadang dia berlari-lari dari kejauhan apabila melihat ku membawa buku untuk turut membantu....(pelajar sekarang terkadang hanya melihat sahaja guru-guru membawa bebanan, walaupun tidak dinafikan ada pelajar yang membantu)...Allahyarham amat disenangi oleh semua guru...ringan tulang dan berbudi bahasa....Aku teringat lagi dialog bersama beliau yang menyatakan ingin menjadi seorang guru macam aku suatu hari nanti....

Namun, takdir Allah juga menentukan pada satu hari pada tahun 2001, aku dikejutkan dengan Allahyarham di masukkan ke Hospital Ipoh kerana jangkitan kuman...Keadaan Allahyarham bertambah serius sehingga memaksa beliau di pindahkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan Hospital Selayang. Allahyarham didapati dijangkiti virus di hati. Namun, apa yang menjadi kenangan ku, ditakdirkan aku sebagai insan yang terakhir Allahyarham memberi respond sebelum beliau koma dan menghembuskan nafas terakhir...Masih terbayang di fikiran ku...semasa aku melawat Allahyarham bersama cikgu Zulkarnain ...keadaannya sangat kritikal, masih sedar, namun tidak boleh bercakap... Aku berada di sisinya, memegang tangan kanannya lalu berkata ..."Fazaldin, ni cikgu izaheri, kalau Fazaldin dengar, genggam tangan cikgu ye, cikgu doakan Fazaldin cepat sembuh." ...Allahyarham lalu menggengam tangan ku...ditemani oleh ayah Allahyarham dan Cikgu Zulkarnain di sisi...(mengalir air mata ku masa itu)....menurut ayah Allahyarham itulah antara respond terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir....tidak berapa lama selepas lawatan kami itu....Allahyarham kembali ke rahmatullah ...Aku bersama-sama dengan batch Allahyarham melawat jenazah buat kali terakhir dengan bas sekolah kerana jenazah akan dikebumikan di negeri Sabah, negeri kelahiran Allahyarham...satu pesanan buat semua insan bergelar pelajar, berbuat baik lah dengan guru-guru anda, kerana tanpa mereka siapalah kita...Allahyarham Fazaldin....semoga damai di sana...AL FATIHAH...

No comments:

Post a Comment