Tuesday, February 5, 2013

Kenangan bersama Makcik Kuih .... Pengganti Ibu Kami

Gambar Makcik Kuih pada 2008 di rumah beliau




Makcik Kuih merupakan insan yang istimewa dan dekat di hati budak Jenan. Beliau ibarat pengganti buat ibu kami. Sifat keibuan dan keramahan beliau sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan aku terhadap ibu ku. Siapakah empunya diri makcik kuih ni? Beliau merupakan wanita yang pada setiap petang akan datang ke blok asrama membawa bersama jualan seperti bihun goreng, nasi goreng, laksa dan karipap....Menu favourite aku adalah bihun goreng + kuah laksa dan karipap. Kuah laksa tu makcik simpan dalam tin .... kadang2 kuah dah abis, tapi laksa ade lagi...makcik tak pernah berkirapun...biasanye dia mai kat Satria lepaih asaq, dok kat S3 sebelah water cooler ...aku boleh dikatakan pelanggan tetap ( hampir setiap hari )....sambil kami dok makan kat tangga tu, sambil dok sembang ngan makcik kuih ....bulan posa lak, makcik ni datang jual lauk macam sambal telur dan sambal kerang ... 


Namun segalanya berubah pada tahun 1990 ( semasa aku berada di Tingkatan 4)...Pengetua kami pada masa itu Allahyarham Haji Ramli Mohd Noh telah menghalang terus makcik ni dari meniaga lagi kat JENAN (sedangkan makcik kuih dah berniaga kat Jenan hampir 20 tahun )....bermula saat itu kami, budak-budak Jenan  terasa kehilangan ...dan hari-hari petang kami terasa sepi tanpa kelibat makcik kuih disisi....Satu insiden menarik semasa aku berada dalam Tingkatan 3, pada malam minggu kami telah dijemput oleh makcik Kuih ke rumah beliau untuk Majlis Kenduri Kesyukuran...selepas solat Isyak, kami berjalan kaki bergerak ke rumah makcik kuih dekat pekan Tanah Merah (bandar Darulaman sekarang)....ditengah perjalanan kami telah diambush oleh warden yang beranggapan kami cross (istilah FLY bagi budak Jenan)...rupa2nya ustaz (juga warden) lupa memberitahu mereka yang kami telah mendapat kebenaran ...he he he ... terbaik!

Begitulah secebis kenangan bersama makcik kuih ... belum berkesempatan menziarahi beliau ...semoga beliau terus sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta....Terima kasih makcik kuih kerana beri peluang kepada kami menumpang kasih ....

2 comments:

  1. owh..ni macam makcik roslah la ni.jual burger.tapi hizamy yg jual sampai kantoi.sampai dapan nickname berger.hahaha

    ReplyDelete
  2. Hadi....makcik ni tak pakai ejen ... takleh lupa masa hizamy kena paksa nyanyi oleh kami (warden) lagu pontianak harum sundal malam kat anjung tamu ..." tidak ku sangka, kau sungguh kejam!" ... spontan cikgu jawab " Apa, ko kata kami kejam." ...ha ha ha ... kenangan terindah ..:)

    ReplyDelete