Thursday, March 5, 2015

SPM 2014 : SM SAINS TAPAH SEKOLAH TERBAIK BAGI NEGERI PERAK ... ALHAMDULILLAH .... SEJARAH TERCIPTA





Tanggal 3 Mac 2015 sejarah telah tercipta di bumi bertuah ini apabila SM SAINS TAPAH aka SESTA telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik negeri Perak bagi SPM 2014. SESTA juga berada di ranking pertama bagi  zon Utara serta mendapat tempat ke 14 di peringkat SBP kebangsaan. Seramai 52 calon telah berjaya mendapat straight A dan dua daripadanya memperoleh 9A+ iaitu saudara Mohd Syafiq Arfan dan saudari Azeera. Pengorbanan setiap warga SESTA bagi merealisasikan hasrat dan impian akhirnya telah tercapai ... Bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki. Kejayaan cemerlang yang dicatat 3 tahun berturut-turut dalam keputusan SPM jelas membuktikan pengorbanan warga pendidik dan anak-anak didik mereka disamping sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak PIBG telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Berikut merupakan pencapaian cemerlang SESTA dalam peperiksaan SPM bagi tiga tahun berturut-turut.

SPM 2014

1. SESTA
2. MCKK
3. STAR

SPM 2013

1. MCKK
2. SESTA
3. STAR

SPM 2012

1. MCKK
2. SESTA
3. STAR

UP: TAHUN 2012 MERUPAKAN SPM KALI  PERTAMA BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 SESTA.


Alhamdulillah bagi subjek sejarah yang kuajar bersama dengan cikgu Murniza juga mencatatkan kejayaan cemerlang apabila seramai 85 calon mendapat A+, 100 calon memperoleh A, 10 calon mendapat gred A- diikuti seorang calon mendapat gred B+ dan 2 calon memperoleh  gred B. Keputusan ini sudah cukup meletakkan subjek Sejarah berada di kedudukan KETIGA peringkat SBP kebangsaan. Alhamdulillah .... kenangan manis yang pasti terpahat di sanubari ku selagi hayat dikandung badan. Bukan sedikit keringat dan deraian air mata kami berdua dalam merealisasikan impian berada di top 5 SBP. Terkadang karenah mereka menguji kesabaran kami .... menyedari hakikat insani tidak mempunyai kesempurnaan kerana pasti kesempurnaan itu milik Allah ... Pelbagai strategi dirancang,... pendekatan demi pedekatan diterokai,... semangat dan dorongan dibajai,... semangat persaingan sesama mereka direstui,.... cabaran demi cabaran  turut dilontari,... kelas, library, bilik seminar, gazebo serta dewan telah menjadi saksi ....  Percaya akan ketentuan Illahi akhirnya anak didik kami berjaya menunaikan janji mereka kepada kami .... Syukur ... Alhamdulillah ... Terima kasih Allah ... Selamat Maju Jaya Trailblazer .... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat ... Dirgahayu SESTA ... Semoga pendidik SESTA terus tabah dan istiqamah dalam meniti hari-hari dan kejayaan mendatang .... Kepada Allah kita berserah...



No comments:

Post a Comment