Thursday, July 20, 2017

SPM 2016 : SUBJEK SEJARAH SPM : SESTA NO 1 DI MALAYSIA

Sedor tak sedor .... diam tak diam .... udah lama bebenor teman tak mengupdate blog teman nie haa ... udah bersawang kat wall .... sampai anak teruna teman pun udah menginjak setahun enam bulan umornya .... Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berbakti dan berbudi di bumi yang bertuah ini ....

Tanggal 16 Mac 2017 merupakan tarikh yang akan ku kenang sampai bila-bila .... pada hari tersebut merupakan hari pengumuman bagi keputusan SPM 2016 .... seperti biasa debaran dan getarannya amat terasa .... sukar melelapkan mata pada malam sebelumnya sama seperti tahun-tahun terdahulu .... betul kata cikgu ku dulu .... debaran menanti keputusan .... terkadang memerlukan kekuatan jiwa dalam mengharunginya ...

Setibanya di sekolah ... wajah-wajah guru SESTA tetap setia menjadi murabbi di bumi bertuah ini ... Menjelang 9 pagi debaran kian terasa menanti-nanti keputusan yang akan di bawa pulang oleh tuan pengetua dari PPD Batang Padang ... Akhirnya pada jam 9 pagi terlihat kelibat tuan pengetua membawa sampul keputusan rasmi SPM 2016 untuk dihebahkan kepada guru-guru terlebih dahulu ... Akhirnya terjawab subjek sejarah mencatatkan pencapaian PNGK 0.8 ... bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnian rezeki ... deraian air mata ku tumpah tidak tertahan lagi .... ucapan tahniah daripada rakan seperjuangan terus berkumandang .... kemudian sewaktu di pejabat aku dan sahabat ku cikgu Faizal saling berpelukan meraikan keputusan tersebut ... kami bertiga... aku, ckg murniza dan ckg faizal berasa bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki ....

Rupa-rupanya kegembiraan kami tak terhenti di situ .... pada jam 11 pagi suasana di bilik guru agak riuh apabila diumumkan SESTA mendapat ranking PERTAMA di SBP bagi subjek SEJARAH ... air mata kami tak dapat ditahan lagi .... air mata kami tumpah lagi .... kami tahu cabaran yang amat berat kami lalui sepanjang tahun lepas ... Alhamdulillah segala penat lelah,dugaan,cabaran,hinaan,kejian,kurang keyakinan  yang ditujukan kepada kami bertiga akhirnya dapat kami nafikan dengan izin Allah ....Bukan sedikit air mata kami bertiga tumpah dalam merealisasikan impian kami ini tercapai .... Bukan sedikit juga cabaran dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi dalam meniti kejayaan tersebut ... Alhamdulillah ... kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi .... semoga Allah terus melimpahi kejayaan ke atas sekolah ini dan mempermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat ... Aminn

No comments:

Post a Comment